P.R.E.J.U.D.I.S

SnowQueen | 10:12:00 PM | Wednesday, December 14, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t
Amaran : Entry ini tidak ada unsur kembang kempis, menunjuk, lebih-lebih lagi berperasaan riak. Entry ini semata-mata ingin menujukkan rasa tidak senang kepada mereka yang konon cakap kawan biar seribu, mesra alam dengan semua, padahal apa pun tak boleh !
--------------------------------------------


Okay, sejujurnya aku memang seorang yang prejudis. *Terkadang tidak kena pada tempat. Tapinya, yang ini prejudis aku kena pada tempatnya, mungkin di dalam negara mahupun luar negara. Erghhh, loya buruk lah pulak !


Aku cukup tidak berminat nak layan chat-chat dari lelaki kat fesbuk yang sikitpun aku tak kenal. Eh2, nanti dulu. Bukan aku nak cakap aku ni hot. Aku ni tak hot pun, post kadang-kadang ada je yang tak like. Aku berkata demikian sebab aku yakin kalau dengan aku pun kau boleh cakap "hai, boleh berkenalan" , tak pelik kalau kau boleh cakap dekat sejuta lagi perempuan yang lain! Memang benar ada tu jujur nak berkawan, tapi kalau baru dua tiga ayat dah mintak no, tak beragak lah pula kan ...... Mungkin ada yang naik menyampah baca apa aku tulis, jadi nak remove aku ???? Silakan .... :))


Aku cuma nak cakap, kalau korang nak sangat kawan dengan perempuan tu janganlah guna ayat lapuk. "Hai, awak ni comel lah kiut lah, boleh tak saya nak kawan dengan awak" DAH BASI, OKE !! Pandai lah sikit main ayat, contohnya mulakan perbualan berkaitan post si gadis itu. Kalau dia post nak beli handphone *contoh je , kau cakap lah apa-apa pasal handphone tu, bagus ke tak ke, cadangan lain ke.... Senang cerita, mulakan perbualan dengan sesuatu yang tidak menggelikan atau memualkan itu sudah memandai yang sekurang-kurangnya tak menunjukkan sangat kau neh macam nak mengayat ! Bagi tips pulak aku ni. Tak berjaya jugak jangan salahkan aku yer ... Hahahah :PP


Kesimpulan daripada bebelan dan tips entah ape-ape aku, aku nak cakap aku tulis macam ni bukanlah bermaksud aku ni tak de chat langsung, tapi itulah aku cakap ayat tu biar kena pada tempatnya. Nak berkawan tak salah tapi berpada-padalah. Lagi satu, aku nak nasihatkan perempuan-perempuan terutama adik-adik yang masih bersekolah, jangan mudah rasa berbesar hati bila ada orang tegur memuji melambung, sebab kita tak kenal pun dia siapa, dan benda dia cakap tu mungkin dia dah cakap untuk kali ke seribu. *Siapa tahu kan .... Renung-renungkan :))



Kata Saya :: Prejudis adakalanya perlu, adakalanya memakan diri sendiri :))

Tipah tertipu bang !

SnowQueen | 10:21:00 PM | Thursday, December 8, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t

Kau pernah tak lihat kertas yang dikoyak-koyakkan dan telah disalotipkan ?? Kau rasa kertas tu cantik tak walaupun sudah bercantum kembali ?? Kalau kau rasa cantik , mungkin kau perlu pakai cermin mata setebal 15cm kuasa dua agaknya !!

Macam tu lah ibaratnya bila hati manusia itu ditipu. Pada kau mungkin itu sesuatu yang remeh padahal ada perkara yang nampak kecil tetapi terlalu besar nilainya bagi seseorang. Kalau kau tak mampu berkata jujur, cukup sekadar kau tak menipu mereka-reka cerita ♥



Kata Saya :: Berkata sesuatu yang mampu membuatkan seseorang menangis lebih baik daripada berkata sesuatu yang tidak benar dan membuatkan seseorang itu tersenyum ^^

My name is Garfield :D

SnowQueen | 5:13:00 PM | Friday, November 25, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



" Hukuman awak terlalu berat tak setanding kesalahan saya.
Ya, kesalahanku, keegoanmu...

Sorry, i can't be perfect ..... "










Kata Saya :: Mencari kesempurnaan itu terlalu meletihkan .....


Dendam tidak akan berpenghujung jika tiada maaf yang SEIKHLASNYA :))

SnowQueen | 12:20:00 PM | Saturday, November 19, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Orang selalu berkata, luka walau sudah sembuh sepenuhnya, namun tetap meninggalkan parutnya . Ada ketikanya hati kita retak seribu menerima perkhabaran yang kita tidak pernah terbayang yang kita akan menemuinya pada satu hari. Sungguh sakit. Maaf pula hanya mainan mulut tetapi hati menyimpan dendam yang sarat. Arghhh ..... Andai dendam itu merupakan sesuatu yang konkrit mungkin sahaja setinggi menara KLCC tetap tidak mampu mengalahkan ketinggian dendam yang ada!!!



Terlalu berdendam sebenarnya hanya menyakiti hati sendiri bukan org yang didendami itu .... Kita dipermainkan oleh perasaan sendiri, diperguna dengan nafsu amarah yang meluak-luak sedangkan yang bertepuk tangan itu hanyalah si bertanduk dua yang sedang tersenyum lebar! Maaflah denganSEIKHLASNYA, dan redha dengan ketentuanNya kerana redha itu sebaik-baik jalan ketika hatimu sedang merundum kesedihan :))











Kata Saya :: Sungguh, saya tidak pernah berdendam, saya hanya TERKILAN kerana hal itu saya kehilangan separuh kebahagiaan saya ^^

Terimalah dengan hati terbuka

SnowQueen | 2:06:00 PM | Thursday, November 3, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


" Kadangkala, Allah menegur kamu melalui lisan pengkritik yang pedas. Jiwa kamu akan terasa. Persoalannya, apakah kamu menyambutnya dengan perubahan, atau sekadar menghentam semula pengkritik yang Allah hantarkan ?

Sekalung penghargaan buat jiwa-jiwa yang tak pernah lelah melemparkan teguran hatta secara terus mahupun kiasan~ "

-Hidayani Kechek-



Terjumpa bait-bait kata ini dalam laman muka buku seorang rakan. Ayatnya tidak perlu panjang berjela-jela tetapi mempunyai intisari yang cukup padat !! Ya, Lyna sendiri akui yang diri ini lemah dalam menerima kritikan , terlalu mudah sensetif sedangkan perkara itu sangat baik dalam membina diri ini .


Kita terlalu banyak kelemahan yang kita tidak sedari. Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata pengkritik kepada diri kita. Muhasabah diri cara yang terbaik :))





Kata Saya :: Pengkritik yang baik ialah pengkritik yang akan memastikan dirinya dahulu tidak melalukan perkara itu sebelum mengkritik orang lain :))









La Tahzan ~

SnowQueen | 12:37:00 AM | Monday, October 24, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Luka apa yang mampu gusarkan hatimu ?? Kesedihan mana yang membuatkan air matamu gugur ?? Dan sayu apakah menjadikan kau seperti sedang memungut semangat baru .......



Semua itu adakalanya kau tak kan pernah mampu menjawab kepada insan yang bertanya. Ya, benar .. kadang-kadang ada duka yang tak mampu diceritakan melainkan hanya padaNya. La tahzan, jangan bersedih ..... Berdoalah padaNya. Ada masanya Dia memakbulkan doamu, adakalanya Dia lambat memakbulkan dan ada juga ketikanya Dia tidak makbulkan doamu ....



" Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu ....


Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya "









Pujuklah hatimu dalam menerima takdir dariNya. Kesedihan yang kau alami mungkin terselit 1001 hikmah yang terlindung oleh mata kasar .....


:))




Kata Saya :: Lain orang , lain ceritanya .....







Istikarah cinta ...

SnowQueen | 5:31:00 PM | Sunday, October 23, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Baru lepas cuti panjang daripada menulis blog ni mulalah terkebil-kebil tak tahu nk type apa .... Sebelum dapat ilham menulis ni , nak sajikan dahulu lagu Istikarah Cinta bagi mereka yang mungkin belum pernah mendengarnya. Tapi, harap maaf berukband ini sudah sampai limitnya . Tak dapat nak upload video . Ha .. tapi tak perlu susah-susah search kat you tube sebabnya lagu kat blog Lyna ni lah lagu Istikarah Cinta . Baiklah, selamat mendengar *kepada yang mahu ^^




Istikarah Cinta - Sigma



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..





Kata Saya :: Sukar untuk mengelak daripada tertulis tentangmu ! ^^

Kisah dongeng

SnowQueen | 11:06:00 PM | Thursday, September 8, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Kalau kita tak suka orang tu kan .... dia hebat macam mana pun, msg dan caring laa kat kita pun ... kita rasa macam geli jer kan . Tapi, kalau orang yang kita suka pula, dia buat tak tahu macam mana pun hati tetap berbunga-bunga macam tak sedar-sedar yang dia tu tak minat pun kat kita . Hahaha . Lumrah dunia . Yang sebenarnya, kita tak semestinya mendapat apa yang kita inginkan dan kita harus redha untuk itu, kerana mungkin ada 1001 hikmah di sebaliknya :))))))




Ah , lupakan semua itu . Jom layan lagu Kisah Dogeng by Stacy . Terjatuh hati pada lagu ini . Dan mungkin kisah kita juga hanyalah kisah dogeng semata-mata (^_~)








Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

* Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja *

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

*




Kata Saya :: Berdoa agar kisah dongeng ini menjadi kenyataan :))

Kita tahu tapi kita buat =.="

SnowQueen | 10:26:00 PM | Wednesday, August 10, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Kita tahu itu salah, kita sedar itu tak betul, malah kita faham itu dosa, sedangkan sebesar-besar dosa adalah apabila kita rasa berdosa ketika melakukannya . Emmm, dan lebih malang lagi aku lah antara kita itu .... =,((




Kadang-kadang dekat fb terasa diri ni nak post perihal Islamic, tapi menyedari diri ni serba kekurangan, tudung tak labuh, ilmu tak banyak, perbuatan masih banyak celanya, terasa malu dan teramat malu untuk lakukan sedemikian . Terasa juga mulut orang akan kutuk di belakang . Sedar akan kekurangan ini, aku tewas dengan perasaan rendah diri ini .



Pernah terfikir, bilalah diri ni nak berubah, dalam erti kata lain menjadi muslimah sebenar. Bukan sekadar pakai tudung, solat 5 waktu sehari, puasa cukup ! Tapi, pakai tudung dengan cara menutup aurat yang betul, solat dan puasa yang sempurna . Emm ... walau orang kata nak seribu daya , tapi bagi aku tak semudah itu ..... Orang yang sudah dapat hidayah, atau dah lahiriahnya memiliki sekeping hati yang tulus , mungkin anggap perkara ini mudah. Tapi, bagi orang yang tak sebaik macam aku anggap perkara ni susah. Allah, banyak malah terlalu banyak dosaku padaMu .......



Orang akan kata dah tahu banyak dosa tu berubah lah, tapi aku nak cakap bukan aku tak pernah fikir semua tu tapi untuk lakukan semua tu juga bukan sesuatu yang mudah dan untuk menjelaskan hal ini terlalu rumit bagi aku . Seperti kata seorang rakan .... time will tell then~~ Yes, i wish ........




Andai bisa ku mengulang, waktu hilang dan terbuang .... Andai bisa perbaiki segala yang terjadi ... Tapi waktu tak berhenti , tapi detik tak kembali ... Harap ampunkan hambaMu ini .... -Opick












Kata Saya :: Aku cuba intai masa hadapan, ingin lihat apa yang bakal terjadi . Tapi masa berkata padaku, tak perlu diintai kerana aku sendiri yang menentukan apa yang akan terjadi itu ....



Bertandang kembali :))

SnowQueen | 6:33:00 PM | Monday, August 1, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Wah wah wah .... Lama bebenar ni tak ziarah blog sendiri . Bulan puasa ni lagi lah nak puasa berfesbuk dan berblog jugak ... Hehe ...

Tak tahu nak membebel apa sebenarnya . Yelah, bulan puasa kan kena kurangkan bercakap Kata orang semakin banyak kita bercakap , semakin banyak lah dosa-dosa yang tak sengaja dihimpun bersama. Hehe ... Cuma, sekadar ingin berkongsi beberapa ayat untuk tatapan mata sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini ....








Dari Abu Hurairah R.A., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: ".. Orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasa ia berbuka puasa dan kedua semasa ia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Sebagai tanda syukur akan nikmat Allah dan limpah kurnia-Nya digalakkan berdoa, kerana doa orang-orang yang berpuasa sangat makbul pada saat berbuka puasa. ..



Rasulullah s.a.w bersabda : “Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkahan. Allah telah memfardukan atas kamu puasanya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga & dikunci segala pintu neraka & dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yangg lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (H.R. Ahmad)



Hadith 1
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Hadith 2
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Hadith 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hadith 4
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Hadith 5
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Hadith 6
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Hadith 7
Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
“Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


Hadith 8
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai”
(Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079)


Hadith 9
“Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang kuat”
(Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa’i #2105)



Kata saya :: Besarnya nikmat itu berbanding apa yang kita korbankan ... :))








Ringankan tangan bagi memberikan nilai yang tidak sebeberapa ...

SnowQueen | 11:52:00 AM | Thursday, July 14, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Bila kuliah ke, pergi ceramah ke atau apa-apa seangkatan dengannya ... segala bebelan panjang dan informasi ilmiah ni kadang-kadang sukar betul untuk menjadikan diri pendengar aktif ! Tapi, kalau bab kata-kata keramat dan sesuatu yang berlandaskan pengalaman si penuturnya sendiri memang rasa seronok sangat dengar ... Senang cerita menusuk kalbu betul lah kata-kata azimat mereka tu ... Ok, bawah ini kata-kata yang terbaru dapat dan dalam doa berharap agar diri ini berpegang teguh seperti pemilik kata ini .... Menurut beliau, hasil kejayaannya sekarang kerana malakukan perkara ini sepanjang beliau berkerja dengan izinNya

.
.
.
.
.
.



" Bila dah kerja wajibkan beri ibu bapa sebahagian daripada gaji, dan kalau boleh tetapkan jumlah setiap bulan kecuali jika ingin melakukan penambahan .... "




Maksudnya, jika melalui gaji kita hanya mampu memberi sebanyak Rm300 sebulan (sebagai contoh) untuk ibu bapa kita, pastikan jumlah itu sama pada setiap bulan, melainkan ingin melakukan penambahan ataupun sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan .




Menurut si pemilik kata ini lagi, gaji besar mana pun tidak akan berkat jika tidak disalurkan kepada ibu bapa. Pelik, malah teramat pelik jika anak yang bergaji besar tapi nak hulurkan sepuluh ringgit pun berkira ! Hmm ... nabis baik lah ibu bapa tu tak claim duit mengandungkan, duit melahirkan, dan duit membesarkan ... Kalau tak rasanya gaji besar tu pun tak mampu nak bayar !!!!! Ya, ALLAH semoga diri ini tidak menjadi seperti ini . Takut kerana manusia terbiasa dengan sikap lalai dan lupakan kulit itu ... Huhu =.="













Kata Saya :: Kasih sayang, budi, dan pengorbanan tidak terbayar dengan wang ringgit !!





Keinginan melebihi kemampuan

SnowQueen | 11:28:00 PM | Tuesday, July 5, 2011 |
Assalamuaikum w.b.t



Orang kata duit bukan segala-segalanya, tapi segala-segalanya memerlukan duit kan . Ya, tak semua macam tu terutama dalam perihal kasih sayang . Tapi ada jugak apa, yang menggunakan duit untuk membeli kasih sayang. Ish3, kasih sayang pun boleh jadi bahan
jual beli yer .... Macam tu nanti nak pergi pasar raya Aktif lah beli kasih sayang 10 kilo :PPPP




Ah, pedulikan semua tuh, yang penting elaun nak masuk tak lama lagi. Tapi ... yang menjadi zon kritikalnya, duit tak keluar lagi tapi hajat dah ada ... Hajat pulak nak besar-besar jer ... Adeiii , rasanya sebelum beli barang lain, kena beli cermin terlebih dahulu ..... Biar sedar sikit tahap kemampuan diri .... Hahahhaa ... XD





Yang penting sekarang utamakan yang lebih utama. Tak salah beli sesuatu yang mampu membuatkan diri sendiri gembira asalkan berpada-pada. Sedangkan elaun diberi pun atas kesusah payahan hidup (bunyi macam study dari pagi sampai malam jep !!) ha3 ....




Dan ... kalaulah elaun ditambah lagi satu kosong dibelakangnya, sudah tentu boleh bahagia memiliki yang bawah ini ... Tapi, jangan kata realiti, dalam mimpi pun extra kosong tuh tak kan ada ... Syukur jela apa yang ada .... :PP







Memang mampu memiliki .. mampu sangat ... tapi, memiliki gambar jela ... Ha3 ... Sabar .. sabar ... dua tahun setengah lagi nak habis belajar !! huhu =.="








Kata Saya :: Apa yang kita inginkan belum tentu yang terbaik untuk kita ....

Yang kita tak sedar kita akan lakukan ...

SnowQueen | 9:28:00 PM | Saturday, June 25, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Waktu kita sedih, kecewa, atau marah kan .. Kadang-kadang kita tak mampu nak kawal diri kita. Kita kalau boleh nak post macam-macam dan yang sebenarnya bukan mahu meraih kejelikkan orang lain untuk membacanya, melainkan lebih kepada ingin orang yang dimaksudkan itu sahaja yang baca (walaupun tahu dia tak kan baca ... >.<) .




Bila dengar lagu pula, terasa lagu-lagu di radio seperti memerli kita kan. Lepas tu mulalah tak tahu malu menangis tak tentu pasal. Sedangakan penulis lirik tuh entah tuju kat siapa lagu tu kita pulak yang over tacing ... Haha



Kalau mendung pula nak-nak lagi hari hujan, mulalah tenung-tenung luar rumah tengok hujan yang mencurah-curah turun. Berjiwa lah konon-konon ye ....



Bila tengok orang lain senyum dan ketawa, rasa nak pergi bunuh je kan orang-orang tu. Memang tak tentu pasal betul lah kan nak sakit hati tiba-tiba. Memang kena letak antiseptip banyak-banyak dah ni kat hati.



Dan akhir sekali ... bila kita berdoa, tak lain tak bukan segala rasa itu kita luahkan kepadaNya .... Yang sebenarnya ketika ini sememangnya kita benar-benar sedang mencari kekuatan .... :))




" Lindungilah kesedihanmu dengan senyuman,
Walau di hatimu penuh kedukaan,
Kerna tabah menempuh dugaan,
Menunjukkan kamu mempunya iman ..... "












Kata Saya :: Kecewa itu tidak salah, yang salah apabila kita tewas dengan kekecewaan itu ..... :))

Tak payah nak my god sangat lah !!

SnowQueen | 11:26:00 PM | Thursday, June 23, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Ramai dalam kalangan kita yang sering menggunakan perkataan oh, my god ataupun OMG lah senang cerita daripada kalimah Allah s.w.t. Hmmm ... sekadar nak berkongsi ilmu yang baru sahaja dapat sebentar tadi, di mana ....




" Dosa apakah yang kita lakukan sehingga berat lidah untuk melafaz kalimah Allah ?? Sebesar-besar dosa ialah apabila kita berat menyebut nama Allah .... "




MasyaAllah, kalaulah benda susah lain kita tak mampu nak buat, rasanya sekadar menyebut nama Allah tak sukar pun kan .......



Sekadar memuhasabah diri ....











Kata Saya :: Perkara yang mudah itulah selalu menjadi perkara yang berat untuk dilakukan ....

Yang sikit itulah perlu diperbanyakkan ....

SnowQueen | 7:24:00 PM | Tuesday, June 21, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Udara di sini (IPG Tengku Ampuan Afzan) masih terasa segar seperti dahulu, sikitpun tak berubah meskipun sudah meninggalkan beberapa sem bersama-sama memori suka duka di sini. Namun, diri ni tetap rindukan udara di kampung halaman meskipun daerahnya hanya bersebelahan sahaja :PP



Sekarang kita sentiasa ingat mak, ayah, keluarga dan rumah yang tidak pernah lekang dari ingatan kita. Mungkin hidup di sini tak semudah di rumah, tak henti diuji dan dicabar bukan sekadar oleh manusia malahan kerja-kerja yang menanti membuatkan kesemua kesayangan kita menjadi ingatan setiap masa. Tapi, pernah tak kita terfikir kita dah besar nanti, apabila dah berjaya mendapat kerjaya, dah pakai kereta besar, dah ada rumah sendiri, yang kita jarang-jarang ada ingatan seperti waktu kita susah-susah ni ... Uiksss, mintak dijauhkan perkara macam ni terjadi dekat diri sendiri sebab tu kena sentiasa beringat dari awal .... :))




Meneruskan perjalan yang masih jauh. Semoga diri ini kuat ! :))










Kata Saya :: Ilmu yang kita miliki ibarat hanya satu jari yang mencelup satu lautan besar sedangkan lautan itu tak terbilang banyaknya - via Puan Fazilah

Kalaulah kita letak diri kita kat tempat orang tu ....

SnowQueen | 3:48:00 PM | Friday, June 17, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t










Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah realiti kehidupan yang terkadang terkena pada batang hidung kita sendiri kan ... Macam cerita Anissa yang sedang rancak ditayangkan di TV 3 setiap Selasa - Khamis jam 10.30 p.m, terdetik di hati Lyna dalam baik manusia, ada jahatnya ... dalam jahat manusia ada jugak baiknya ... Macam-macam .....




Secara ringkasnya, cerita Anissa ni mengisahkan empat tonggak utama yang berkawan baik menerajui sebuah syarikat. Yang ni Lyna tak nak cerita. Siapa yang berminat tontonlah sendiri mengikut waktu yang telah dinyatakan tadi. Yang Lyna nak kongsi bersama readers semua mengenai musuh dalam selimut . Dalam cerita ni, Anna (Fyza) berkahwin dengan Farid (Zamarul) tetapi mempunyai masalah untuk mengandung. Masalah ini menyebabkan Farid berkahwin dua dengan kawan baik Anna sendiri , Balqis (Rozita Che Wan) tanpa pengetahuan Anna. Balqis pula mempunyai skandal dengan Kamal (Eizlan Yusof) bagi menutup rahsia perkahwinannya.




Bayangkan setiap kali bergaduh Anna ni akan cari Balqis kerana bagi dia Balqis orang yang sangat dipercayai. Soal jodoh, hal berkahwin dua belakang punya cerita, yang Lyna dok terfikir-fikir kalaulah dalam realiti ada kisah macam ni, tak ke tergamaknya kawan baik sendiri ambil suami orang. Bagi Lyna biarlah kita tak dapat apa yang kita mahukan asalkan kita sedar kedudukan kita masa tu dan paling penting harga sebuah persahabatan yang banyak berjasa tu lagi penting.




Tapi, tulah .... kita tak de kat tempat mereka. Jadi, kita boleh lah cakap kita tak kan buat macam tu kan ......... Apa yang penting, sebelum kita buat sesuatu tuh kita kena fikir kalaulah kita berada di tempat orang tu ... Agak2 kuat ke kita neh ?? Kalau rasa jawapan lebih kepada tak, macam tu lah jugak orang lain rasa .... *mungkinlah ......







Kata Saya :: Nak memahami sesuatu keadaan itu adakalanya teramat rumit ....

Untunglah ada rupa ...

SnowQueen | 1:21:00 PM | Friday, June 10, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Wow ! sekarang tengah hangat crita Nora Elena kan ... Seronok tengok cerita tuh sebab semacam nama Lyna je disebut-sebut dlm cerita tuh ! hahahhaaaa (perasan !!)



Lyna suka sangat tengok Nora Elena atau nama sebenar dia Siti Saleha . Patutlah cantik kan ... Mix tu !! Tengok lah abang dia (Sam Bunkface) lagi lah macam mat saleh nye kan ... Teringat jugak ayat Adilah, kawan Nora Elena dara siri drama neh. Dia cakap untung lah Nora Elena neh ditakdirkan rupa yang cantik, menjadi lumrah kesukaan lelaki ...



Bila difikir-fikir kan ... Betul ayat tu ... Memanglah cantik bukan segala-galanya. Peribadi, sikap dan amalan yang teramat penting . Tapi secara tak langsung, rupa paras selalu menjadi sanjungan tinggi terutama lelaki. Itu fakta bukan auta !!!.



Dan teringat lagi soalan sepupu Lyna (asyik teringat je hari neh :PP) ... Dia tanya " K.ngah, kenapa ye orang lelaki walau ada bini or gf kat sebela tapi bila jalan ke apa tetap pandang perempuan !!" .... Glurpp ! Ha3 ... Lyna pun buatlah muka poyo jawab "Lumrahlah lelaki nakal. Yang penting cara dia mengawal nakal dia tuh. Lagipun pandang tu perkara biasa je ... " Hahahaha ... poyo ... poyo ... lau bf/suami Lyna yang buat macam tuh bukan jawapan neh dah bagi rasanya ... Bergusti kat situ gak terus :PPPP




Sebenarnya, kecantikan itu sememangnya anugerah untuk seseorang. Tapi dengan anugerah itu jugak perempuan selalu diuji. Yela, dah cantik meti ramai peminat. Nak kawal diri tu bukan senang ok ! Sebab tu ada artikel Lyna pernah baca perempuan cantik selalu curang. Ish3, itu semua atas diri individu sebenarnya. Dan Lyna bersyukur pulak rasa ditakdirkan jadi insan yang biasa-biasa. Walaupun Lyna ada hobi melihat girls2 cantik dekat fb atau majalah ! Bukan les tahu ! ha3 .. Tapi suka tengok .... Untung lah korang ada rupa ... :PPPPP




Antara muka selebriti yang cantik di mata Lyna ....







Ha .. ni lah dia Nora Elena (Siti Saleha) bagi sesiapa yang tak kenal .....






Lofa ni kalau pakai tudung mesti lagi cun kan ... Hu3 ....






Ha, ini pula Siti Fathia ... alah, belakon dalam Ummu Hani tuh .... Cantik jugak :))))





Kata Saya :: Ciptaan Allah SEMUA indah-indah belaka ...... :))

Tiket wayang dan nilai sentimental

SnowQueen | 10:29:00 PM | Saturday, June 4, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Hari ini (4 Jun 2011) barulah berpeluang keluar berjalan menyedekahkan duit kepada gedung beli belah Times Square ! Walaupun ekonomi sedang gawat, namun langkah kakiku tetap gagah memasuki satu persatu kedai, tingkat demi tingkat !! Haha XD



Seperti biasa, bila dah niat nak tengok wayang tuh sampai jer semestinya terus beli tiket kan ... Pada mulanya nak tengok Nur Kasih tapi pernah pasang hajat nak tengok dengan seseorang ... Jadi macam tak best je tengok dengan orang lain ... Huhuhuu ... Biarlah tak dapat tengok langsung kan ... sob sob =.=' .



Lepas tu nak tengok cerita Karak tapi tiket sold out laa pulak . Yang tinggal pukup 5.40 p.m . Mak aihhhh tak bising lah pulak mak kan balik lewat nanti ... Last sekali pilih lah cerita Pirates and The Caribbean (on the stranger tides). Yang biasa punya tinggal seat depan jer ... Jadi terpaksalah mengeluarkan dua not merah untuk tengok Pirates versi 3D. TAPI, berbaloi-baloi kot! Sumpah best !!!! Kapten Jack Sparrow terbaik lah !!! Jatuh cinta macam neh .... Ahahahaa XD





♥ Jack Sparrow !!!!!!!






Test .. test spek 3D dulu sebelum masuk hall :P:P





Lepas puas gelak ketawa dan menyerahkan sepenuh perhatian kepada cerita, tibalah masa mengisi kekosongan perut. Dah pilih makanan ni, sedar-sedar tiket wayang tadi hilang ! Sebagai penggemar menyimpan tiket-tiket wayang terutama cerita-cerita yang berjaya meraih 5 bintang harus berasa kecewa apabila tiket wayang tuh hilang ! Apa lagi, lepas jer makan setiap tapak yang pernah melangkah selepas tengok wayang tuh Lyna pergi semula. Dari lif, tandas, surau, sehinggalah ke kedai yang pernah disinggah semua masuk semula hanya demi sekeping tiket wayang !!! Fuhhhh ~~ Orang kehilangan suami pun tak cari laki dia macam ni kot !! Hahaaa ... Akhirnya, tetaplah hampa ... Mungkin tiket itu sudah disapu oleh cleaner, atau ditendang oleh pengunjung, atau terselit di mana-mana ... Ha, itu yang kita tak tahu ... hua3



Sebenarnya tiket wayang walaupun tak de nilai dari segi wang ringgit tapi ada nilai sentimentalnya sendiri . Tak tahulah bagi orang lain kan ... Bagi Lyna mengumpul tiket wayang merupakan satu kepuasan. Dan dek kerana kecewa tiket wayang hilang, Lyna ubati dengan membeli 4 helai baju!! Haha ... Boros nak mampus ! Tak sedar2 agaknya duit dalam akaun dah nazak =.="






Okay, 3 yang atas tuh semua cerdigan. Lyna beli banyak cardigan sebab ada orang suka tengok Lyna pakai cardigan *katanya ...




Apapun terima kasih kepada sepupu si pengarang jantung tercinta kerana setia menemaniku hari ini. Eceh !! Sayang kamu ketat-ketat lah




Ha, tu dia ... yang ke hulu ke hilir sehari suntuk dengan Lyna ! Nur Azreen namanya ... :))






Kata Saya :: Andai kisah kita boleh diceritakan, maka cerita itu cerita yang tak berpenghujung ....... :))))

Alahai ... dah lapuk, ok !

SnowQueen | 10:09:00 PM | Monday, May 23, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Tak de makna ramai peminat kalau semua macam apa ... Biar sikit asalkan yang sikit tuh la mempunyai sikap yang boleh dikagumi. Ataupun tak de langsung lagi bagus .... Tak payah nak serabut-serabut, kan .... :)))




Ey, cara tu dah lapok lah... Agak-agak lah nak menipu pun... Ayat nak power jer kan .. Awak lah seorang yang saya betul2 nak kenal. Saya suka betul tengok awak dan rasa kita sangat sesuai ... Euuwww~~ Tak geli lah pulak kan nak baca ... Tengok2 kat recent post belambak lagi hantar kat perempuan lain ... Alahai ye pun nak menipu tak reti2 nak delete dulu ker ! Sadis betul orang macam ni dan lagi sadis kalau ada perempuan yang mudah cair dengan kata-kata murahan macam neh ! Hahahaaa :PP




Ada tu baru chat first time neh ... boleh pulak dah cakap suka, terjatuh hati lah *kononnya ..... Hello, hati budi tak tahu atas dasar apa yang nak disukakan?? Alahai, jangan menilai seseorang dari luaran lah. Yang indah itu belum tentu lagi sempurna !!! ....




* okay, situasi di atas tak de kena mengena dengan diri ini (serius). Sekadar meluahkan fenomena sekarang yang semakin berleluasa ... Agak-agak taktik ni dah lapok lah buayafren kat luar oii!!! :))





Kata orang, semakin kita suka semakin kita simpan rasa itu maka semakin bahagia yang kita rasa... Kadang2 tak perlu diluahkan rasa itu kerana apa yang diluah itu belum tentu lagi berkekalan...... Yang penting jangan mudah percaya seseorang yang kita tak kenal. Sedangkan yang kenal pun tak semestinya betul-betul baik ini kan pula orang yang kita tak tahu apa-apa . Dan kata orang lagi ... semut mati disebabkan gula ... manusia mati dalam manisnya kata !!!!!











Kata Saya :: Biasa-biasa sudah .... :))

Can't you see that my pain so real =,='

SnowQueen | 10:21:00 PM | Saturday, May 21, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Buat nota sambil dengar lagu memang terbaik. Yang penting dapat hilang mengantuk .... Jom layan lagu lama ni ... Miss you like crazy - The Moffatts





I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had


When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again


[Chorus:]
I miss you like crazy
Even More than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day
Girl I'm so down when your love's not around
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy


You are all that I want
You are all that I need
Can't you see how I feel
Can't you see that my pain's so real
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again


[Chorus]




Ya, Allah ... debar nya paper Anatomi .... Serius Lyna lemah subjek2 sains ni .... Permudahkan urusanku ya Allah ... Amin ya rabbal alamin ...




Ok, itu sahaja ... Lepas habis exam lah baru post macam2 ... TC readers !! :))





Kata Saya :: Luka walau sudah sembuh sepenuhnya, namun tetap akan tinggalkan parut ... :))

Hari ini seperti hari-hari biasa :))

SnowQueen | 11:23:00 AM | Friday, May 20, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Baiklah hari ni aku rasa semua tak kena dan sangat tak kena ... Rasa nak menjerit sekuat hati aku .. Tapi apakan daya ... ni asrama bukan hutan belingkar nak sesuka hati menjerit ! Ya Allah besday girl ... chill plizz chill ... Biarlah orang tak ingat kita pun .. Janganlah down sampai macam ni .. Kau ada 3 paper lagi paham ... Bangkitttttt .... !!!!! Arghhhhhhhh ~~



Bukan aku tak cuba untuk jangan tewas dengan air mata ni .. Aku cuba dan sangat2 cuba sampai aku tak rasa ada kawan aku tau kot aku ada masalah ! Tapi hati aku sangat sakit dan teramat sakit ... Manusia ... manusia .. Bila tengan happy tengah bz tengah seronok2 tak pernah fikir orang lain yang seksa merana kat sini !! TYVM !!!!!



Italic
Sorry, birhday girl serius xde mood !! Hari ini tiada beza seperti hari-hari lain malah lebih dasyat berbanding hari lepas ... Haha ... Aku ada tiga paper lagi ... Mesti dan kena kuat !!!! :))



Apapun, terima kasih untuk semua yang wish ...
Terubat sikit luka ...eecehhh :PP
Semoga Allah merahmati kalian .... =D







Kata Saya :: Kadang-kadang orang cakap sayang kita banyak-banyak, tapi perbuatan dia jelas dan nyata jangan kata banyak , sikit pun tak ... :))

Jangan main pakai jer, ok!!

SnowQueen | 7:22:00 PM | Thursday, May 5, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Mak aihhh.... nak buruk senang jer kan tapi kalau nak cantik.. Ha, sediakan lah dulu poket tebal-tebal.. masa lak kena lama berzaman... Huhuhuuu...



Muka Lyna burn yang boleh dikatakan teruk jugak lah baru ni... Dah dua minggu dah balik camping tapi tak pulih-pulih lagi.. Tak de lah cakap sebelum ni putih sepu macam minah Korea! Tapi tak lah seteruk neh... Sob sob sob =,((... Pada mulanya Lyna naik hairan jugak lah... Orang lain pergi jugak, muka balik tak de cacat cela pun... Kira boleh menang lagi lah kalau masuk pertandingan Miss World... Huhu....



Mula-mula Lyna ingat sebab satu kejadian ni... Di mana Lyna tertidur atas kanvas pas balik bawak peserta Jamboree pergi lawatan ke UITM ker pas memasak (tak ingat lah) ... Masa tu letih sangat.. Sampai tertidur nyenyak bermimpikan putera raja lah kan... Haha.... Sedar-sedar masyaAllah.... peluh tak payah cakap lah... muka ni ha ibarat sejengkal jer dari matahari.. Patutlah tinggal Lyna seorang jer kat atas kanvas tuh.. Yang lain dah cabut lari!!!!! Adoyaiii.... Mana tak hitam!! Merelakan diri berada di bawah cahaya matahari terik... Dalam area kul 2-3 petang tuh!! Tak panas mana lah kan.... terbakar jer... Huhuhuhuuuu.... =,=



Pas tu balik maktab habis semua orang yang terserempak, lalu lalang tegur kenape hitam.. kenapa burn.. kenapa gelap gelita... Ishhhh... serabut weyhhhh.... Hahahhaaa... Ada seorang rakan ni tanya Lyna... Lyna ada pakai apa-apa tak masa pergi kem tuh.. Lyna yang jujur neh jawab lah... Ada, sunblock banana boat... Siap bagitahu lagi tuh berapa SPF sunblock tuh! Haha... XD









Budak tu pun cakap lah... Sunblock ni ikut muka.. Ada orang pakai memang membantu sangat dan ada orang pakai lagi teruk burn dia..... Dan Lyna lah kan orang tuh!!!! Haishhhh~~ Menurut rakan itu lagi, muka burn disebabkan sunblock lagi payah nak pulih berbanding burn matahari tuh sendiri (maksudnya yang tak pakai apa2 lah)... Ha, amek kau.... sunblock tuh tak de lah harga seringgit dua kan... Beli mahal tapi makin memburukkan!!!! Moral of the story... nak beli tuh jangan main bedal jer... Ambil tahu latar belakang barang tu dulu..... Ni tak ecited sangat nak bayar kat cashier... Ishhh~~



Dan sekarang Lyna tengah bergiat aktif dalam mencerahkan semula muka neh... Hari-hari buat facial sendiri dalam bilik... Tak boleh blah laa kan... Hahahaa... Alhamdulillah, okay lah sikit banding mula-mula balik dari kem dulu :)))))







Ni lah hasilnya!!! Tak burn mana lah kan... gelap gelita sikit jer... =,=







Kata Saya :: Perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan.... (bukan auta tapi fakta!!) :PP



Dan aku selesa begini......

SnowQueen | 5:03:00 PM | Tuesday, May 3, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Sedih.... Ya, sedih bila tiba-tiba kita hilang tempat bercerita. Kalaulah sebelum ini dia lah tempat nak ceritakan macam-macam. Rasa 24 jam sehari suntuk apa yang kita lalui tuh nak cerita je dekat dia.. Tak fikir dah dia bosan ker tak dengar nak jugak cerita. Dia pun buat-buat dengar je pun kita dah rasa seronok sangat. Tapi bila tiba-tiba sudah tiada... rasa kehilangan... Emm, kehilangan.... 10.10 =D




Mood swing ker?? Oh, tidak kot... Lyna dah jadi iron woman sekarang.. Tak lut dah segala kecelaruan jiwa neh. Emosi stabil setiap masa.. *konon nye lah... :PP









Rindu yang sering bertandang... semakin aku cuba lari pada rindu itu semakin ia datang mengejar.... Cukup melemaskan........ Dengan itu, aku berserah pada takdirNya agar rindu itu sentiasa terlerai saat aku menghampiriNya. Dan aku selesa begini........ :)))))







Kata Saya :: Kuatnya ingatan kepada seseorang menandakan dekatnya orang itu di hati kita :))

"CONTEST PERASAN CANTIK!"

SnowQueen | 10:26:00 AM | Sunday, May 1, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Eyh.. Perasan yer?? Bukan memang cantik ker??? Wakakakaa... *kidding... Ok lyna ditag oleh azwa untuk sertai contest ni... Siapa-siapa lagi yang berminat boleh klik dekat gambar bawah ni yup... Tapi, ingat ini bukanlah pertandingan ratu cantik pulak.. Siapa-siapa pun boleh join sebab cantik tu sebjektif, kan... Yang penting cantik luar, cantik dalam, cantik muka, cantik lagi perangai... :)))))









Ok lah Lyna tak tahu nak pertaruhkan gambar apa... Semua sama je.. Aksi dan gaya pun kaku macam tu lah... Haha... Lyna pilih gambar ni sebab Lyna suka sangat-sangat..... Tak tahulah sebab apa.. mungkin sebab kat pantai *kot...


























Perasan Tak??? Ingat comel sangat lah tu buat muka sedih2 macam tu... Orang lain tengok rasa nak bagi penyepak jer kan... Hahahhaa... Okay, ni dekat Terengganu... dan Lyna sangat2 suka ambil gambar dekat laut @ pantai... Feeling gituh!! :P




Baiklah, mahu tag insan-insan yang bukan perasan, tapi sememangnya cantik...



Ieyda Achieda



Wanny Hunny



Ain Kyoshi





Kata Saya :: Yang cantik itu belum tentu lagi sempurna..... :))

Sutera Bidadari :)))

SnowQueen | 6:57:00 PM | Wednesday, April 27, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




"Cinta Sang Ratu... Laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang.. seluas langit terbentang... Tatkala cinta berbisik.. suaranya memuji TUHAN.. apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan... Sampai masanya cinta jadi taruhan..Sang Ratu menjadi pilihan.... "



Gembira sangat... gembira kerana mampu habiskan trilogi hebat Ramlee Awang Murshid (RAM) ini dalam masa satu hari suntuk!!! SUTERA BIDADARI - Hanya namaMu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini...




Tapi, nampak gayanya RAM tak pernah lelah untuk menjadikan trilogi ini satu rentetan cerita yang panjang tanpa sedikitpun bosan bertandang semasa mengembara dalam triloginya. Sungguh, nukilannya tak pernah mengecewakan!! dan... pastinya ternanti-nanti sambungan Sutera Bidadari ini apabila Sang Ratu Ratna muncul semula... Arghhhhh.... berapa lama pernantian itu tak tahulah... sebabnya, novel akan datang RAM bukan sambungan kepada trilogi ini. Katanya Fiksyen 302 bakal menghiburkan para pembacanya selepas ini... RAM memang selalu bermain emosi dengan pembacanya!!!!! Nampak gayanya sambungan trilogi ini semestinya novel selepas Fiksyen 302... Adushh.. menuntut kesabaran tuuu... Hu3




Apa pun... Sutera Bidadari... TERBAIKKKK!!!!! :)))))



Trilogi RAM :

Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Cinta Sufi
Sutera Bidadari











Kata Saya :: Biar tersalah ampun daripada tersilap hukum.....
(Laksamana Sunan)

Munajat Cinta (◕‿◕✿)

SnowQueen | 7:46:00 PM | Tuesday, April 26, 2011 |
Assalamualaiukum w.b.t.




Err... kenapa aku rasa sunyi untuk beberapa ketika ini... Ouhhh, abaikan perasaan ini.. Oh, munajat cinta... :)))




Munajat Cinta


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah...


Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu pupus


[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya....


Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus.....

[Chorus]






Kata Saya :: Terlekat ingatan ini kepadamu tatkala mendengar lagu ini :)))))

Saya tak cakap pun kan :))

SnowQueen | 9:23:00 PM | Wednesday, April 20, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t







Ehem..ehem.. salah faham selalu mencetuskan perang dunia ketiga, keempat, dan ada yang sampai tahap boleh letak tanda noktah lah hubungan tuh kan! Hahaa... Yang ini cakap lain, yang ini pulak nak buat andaian sendiri... Ishhh.. Kata sehati sejiwa, macam mana tak serasa pulak ni??? Hahaa.... Macam2 bukan adat berkasih ni..... =P



Kes2 yang selalu terjadi....



::Saya tak cakap pun awak gemuk... saya cuma nak awak jaga kesihatan awak::


::Saya tak cakap pun awak tak cantik... saya cuma nak awak tahu apa yang sesuai dengan diri awak::


::Saya tak cakap pun awak malas... saya cuma nak awak belajar banyak perkara dalam kehidupan ni::


::Saya tak cakap pun awak banyak kekurangan... saya cuma nak awak perbaiki setiap kelemahan awak::


::Saya tak cakap pun awak merimaskan... saya cuma nak awak lebih memahami::


Saya tak cakap pun nak orang lain... saya cuma nak awak tahu berkawan biar beribu::


::Saya tak cakap pun awak cengeng... saya cuma nak awak jangan terlalu ikutkan perasaan::


::Saya tak cakap pun tak rindu... saya cuma nak awak belajar erti sabar::


::Saya tak cakap pun awak membebankan... saya cuma nak awak faham saya juga ada komitmen lain::


::Saya tak cakap pun nak tunjuk pandai... saya cuma nak tegur salah awak::


::Saya tak cakap saya semua betul... saya cuma mahu terus terang apa yang saya rasa::


::Saya tak cakap nak gado je... saya cuma mahu selesaikan masalah::


::Saya tak cakap awak tak boleh ambil tahu hal saya... saya cuma mahu awak lebih sayangkan diri awak berbanding diri orang lain::


::Saya tak cakap pun saya saya tak sayang... saya cuma lebih suka sayang itu diperlihatkan daripada diperkatakan!!! :))))))::





Kata Saya :: Tapi, saya nak cakap... saya sayang awak selamanya :))))

Ha'ah aku jeles....so???

SnowQueen | 12:09:00 AM | Sunday, April 10, 2011 |
Asslamualaikum w.b.t



Tajuk entry nak hot hot jer kan.... Haha! Tarik nafas.. turun... Tarik.. turun lagi... (cuba menenangkan diri)... Much better.. :))))))



-----------------------------------------------------------------------------------







Sebenarnya tak tahu nak post apa... Semakin berhati-hati dalam menulis sekarang. Betul. blog kita punya, jadi belasah lah nk tulis apa kan. Tapi, kita kadang-kadang alpa yang kita tulis tuh ade kesannya untuk masa-masa akan datang. Tak payah nak cakap orang lah, Lyna sendiri dah kena baru ni!!! Sampai terpaksa buang shout box takut ada serangan hendap secara tiba2... Hahaaa... XD




Nak tahu sebab apa terjadinya semua ni??? Sebab utama Lyna kesan, pemikiran penulis dan pembaca tidak sama. Apa yang kita cuba maksudnya kemungkinan tak tersampai kepada pembaca.. Ataupun memang kita tulis ikut sesedap rasa je????? Kalau rasa masin, kurangkan garam.. kalau rasa manis, kurangkan gula... Biar penulisan kita menjaga kesihatan pembaca-pembacanya agar tidak ada yang terkena serangan jantung secara tiba-tiba, darah tinggi naik mendadak, dan juga sawan b**i tiba2... Hahahhaaa.... Tepuk dada, tanya diri sendiri yer... =D




Kadang-kadang Lyna juga sedar blog ni juga punca tercetusnya masalah atau pergaduhan. Tak de contoh lain... Lyna jugak lagi.. Haha! Salah diri sendri. Nak sangat tulis ikut perasaan sendiri kan.. Ha... amek ko!!!! Tanggunglah akibatnya... Ha3.... Mintak maaf bagi yang berkenaan.. Sayang kamu lebih lah.... Hehehee :)))))





Yang sebenarnya... apabila jari jemari sedang rancak menaip, apabila emosi sedang bercelaru, dan apabila ayat sedang mencurah2 berlegar di ruang pemikiran, kita menulis sehingga terlupa bahawa apa yang kita tulis itu beribu-ribu pasang mata yang membacanya!!!! Dan kita juga terlupa... bahawasanya dalam kotak fikiran mereka tidak semestinya seperti apa yang kita cuba zahirkan... Berfikir dahulu sebelum menulis ok!! (ingat tu Lyna!!!!)





Tapi, bagi Lyna payah nak berhati-hati ni... Lyna sendiri pun gagal sebenanrya. Masa tulis tak de dah nak fikir apa. Apa yang rasa, itu lah yang tulisnya.. Jujur sangat!!! Hahahaa.. Tapi, sekarang dalam usaha cuba untuk kurangkan... Huhuuhuu..






Kata Saya :: Tanpa sedar... aku tertulis tentangmu!!! :))))

Dah la muka sememeh, sebut pun salah..kah3

SnowQueen | 9:33:00 PM | Wednesday, April 6, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Oh, tadi satu kelas kena rakam video konon2 tengah mengajar lah ni... Bagi subjek Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM 3105) Dengan tak de prepare apa-apa. Teks pun tak de... Amek kau... hasil yang sangat bolokkkks~ Hahaa... Dala muka tak menjadi (muka toya). Sebut pun ada salah.. Tak leh lawan Cikgu shida lagi lah macam neh... Wakakaa... Tak pe.. ni video main2 je pun... konpem buat yang lain nanti!! Nanti papa Jalal marah... Hahaa =P










Tapi yang betul-betul punya, Lyna ingat tak nak eja mengeja ni.. Nak buat topik lain dan bahan bantu mengajar (BMM) yang ok pada yang ni. Ni tadi on the spot. Guna kertas A4 jer kot.. hu3... Agak2 bila lah nak buat ni... Minggu depan tak de seminggu pergi Jamboree selama seminggu pulak!! Haiyak~



Post pone dulu rakam video ni. Nak sambung buat esaimen dulu... Tak sabar tunggu Jumaat ni... Balikkkkkk!!!.. Esaimen kata pergi, rumah kata mari.. ekekekeee =D





Kata Saya :: Hari ini saya belajar, satu masa nanti saya akan mengajar!! :))

Bila marah menguasai diri

SnowQueen | 6:49:00 PM | Monday, April 4, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Kamu baik, disegani, selalu menjadi pujian mulut2 orang. Tetapi, kenapa bila kamu marah kamu lupa semua itu.... Tahukah kamu, marah itu menjadi api yang memakan diri sendiri!!... Oh, betul kata orang, pabila marah menguasai diri, tindakan tak terhalang dek pemikiran. Semakin dikata jangan, semakin pula laju gerak balas diberi. Semakin disuruh diam, semakin pula lantang berbicara. Jangan marah-marah sayang... Saya rindu melihat lesung pipit di pipimu!! :))











Kata Saya :: Marah tandanya sayang *mungkinlah....

(◕‿-✿) Hindari rasa takut itu!! (◕‿-✿)

SnowQueen | 4:01:00 PM | Thursday, March 31, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Hindari rasa takut itu!! Ya, itu yang Lyna sedang lakukan... Lyna sangat penakut... sangat!!!... Tapi, ada ketikanya Lyna terfikir.. bersalin nanti lagi sakit, dan bila ajal memanggil lagi2 lah kan.... Huhuhuu... Bila fikir semua ni barulah Lyna kuat.. kuat untuk mencuba. Tak de masalah, masalah kecik je tu... (wat2 kental! Dalam hati hanya Allah yang tahu.. haha).



Tadi Lyna punya hasrat yang sangat besar. Sebenarnya dah lama dah nak. Tapi, Lyna tahu berat Lyna tak kan lepas punya!! Dan baru ni berat Lyna naik selepas pergi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) dekat Terengganu. Ya, cukup... cukup2 makan!!! Pembantu makmal cakap berat untuk menderma kena 45 ke atas. Dan Lyna cukup2 makan je (45). Jadi diorang cakap tak boleh sebab darah tu cukup untuk diri sendiri je.. Kecewa kot! Walaupun takut, Lyna tetap nak cuba. Tu lah antara ciri2 Lyna.. Penakut tapi mahu. Bila bab takut tapi mahu ni, ingat kat mak. Mak selalu marah Lyna tengok cerita hantu sebab tahu Lyna ni penakut yang amat... Hahaa XD. Bukan takat cerita hantu jer.. bab2 cucuk2 ni pun Lyna takut! Tapi sekarang Lyna tengah cuba untuk kurangkan dengan memberanikan diri macam hari ni lah... Tapi apakan daya... Tak lepas =,((. Tak pe, nanti nak makan banyak2 kasi lepas!! Nak jugak!!:))



Oh, ya.. Lyna bukan pergi sorang2 hari ni.. Tapi, pergi dengan empat orang kawan lagi. 3 yang nak derma darah tapi tiga2 tak lepas!! Sabar jela. Sorang sebab berat, sorang lagi sebab haemoglobin tak cukup. Yang lagi sorang lepas dah semua.. BP pun ok... vein pulak kecik sangat. Tersekat-sekat masa darah keluar sampaikan akhirnya tak mengalir. Kena banyak exercise menurut kata nurse. Huhu... Semua hampa.. Sampai pasang hajat nak pergi hospital lagi Khamis depan (sampil ponteng kuliah!) Hahahaa =P





Ha... Yang ni lah budak lepas semua kriteria penderma darah tetapi ada masalah vein pulak... Misi dan pembantu makmal sedang berusaha keluarkan darah.. Dyla banyak lemak ni... Tak nampak urat! Hahahaa XD







Lyna pulak tukang ambil gambar lah... dah tak lepas kan =,((






Betul.. betul.. betul... (merujuk pada keratan surat khabat di atas)




Apa pun.. yang seronoknya, untuk 21 tahun ni.. Lyna tak pernah tahu langsung darah Lyna jenis apa (teruk nak mampussss)! Haha... Hari ini disebabkan hajat nak derma darah, Lyna pun dapat tahu darah Lyna jenis O! Lyna belajar cara nak tahu jenis darah lagi. Pak cik (pembantu makmal) yang sangat peramah ajar. Walaupun waktu sekolah dulu pernah belajar, tapi masalah pelupa yang melampau2 ni menjadikan maklumat tadi macam informasi pertama baru dapat! Lyna tanya pak cik tuh macam berminat gila nak jadi pembantu makmal.. Haishhh... berangan lagi... Hik!






O - penderma darah universal!!



Lepas kecewa tu kan... Lyna pergi klinik gigi. Cek lah apa yang patut. Dan tujuan utamanya nak tanya pasal braces!! Salah satu hajat yang dah lama dipendam2. Tapi, dokter kata gigi Lyna tak de masalah pun. Siap ambil pembaris lagi ukur. Lawak2... Dokter tu cakap sekarang terpulang pada diri Lyna. Tahap kepuasan pada diri sendiri. Entahlah... Lyna nak... Tapi.... arghhh, mungkin terpaksa batalkan hasrat tu!! =,=




Kesimpulannya, hari ini Lyna ibarat buat lawatan sambil belajar di hospital!! Ke hulu ke hilir bz macam banyak sangat penyakit nya! Orang yang betul2 sakit pun tak macam tuh.. Hahaa... Tapi memang best lah. Dah lah hari pertama untuk sem ni tak pergi kuliah. Seronok rupanya! Baru tahu.... Hahahaaa XD







Lawatan sambil belajar yang menyeronokkan!! =))))






Kata Saya :: Nak letak antiseptip banyak2 pada hati yang luka!!! :))

123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥