P.R.E.J.U.D.I.S

SnowQueen | 10:12:00 PM | Wednesday, December 14, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t
Amaran : Entry ini tidak ada unsur kembang kempis, menunjuk, lebih-lebih lagi berperasaan riak. Entry ini semata-mata ingin menujukkan rasa tidak senang kepada mereka yang konon cakap kawan biar seribu, mesra alam dengan semua, padahal apa pun tak boleh !
--------------------------------------------


Okay, sejujurnya aku memang seorang yang prejudis. *Terkadang tidak kena pada tempat. Tapinya, yang ini prejudis aku kena pada tempatnya, mungkin di dalam negara mahupun luar negara. Erghhh, loya buruk lah pulak !


Aku cukup tidak berminat nak layan chat-chat dari lelaki kat fesbuk yang sikitpun aku tak kenal. Eh2, nanti dulu. Bukan aku nak cakap aku ni hot. Aku ni tak hot pun, post kadang-kadang ada je yang tak like. Aku berkata demikian sebab aku yakin kalau dengan aku pun kau boleh cakap "hai, boleh berkenalan" , tak pelik kalau kau boleh cakap dekat sejuta lagi perempuan yang lain! Memang benar ada tu jujur nak berkawan, tapi kalau baru dua tiga ayat dah mintak no, tak beragak lah pula kan ...... Mungkin ada yang naik menyampah baca apa aku tulis, jadi nak remove aku ???? Silakan .... :))


Aku cuma nak cakap, kalau korang nak sangat kawan dengan perempuan tu janganlah guna ayat lapuk. "Hai, awak ni comel lah kiut lah, boleh tak saya nak kawan dengan awak" DAH BASI, OKE !! Pandai lah sikit main ayat, contohnya mulakan perbualan berkaitan post si gadis itu. Kalau dia post nak beli handphone *contoh je , kau cakap lah apa-apa pasal handphone tu, bagus ke tak ke, cadangan lain ke.... Senang cerita, mulakan perbualan dengan sesuatu yang tidak menggelikan atau memualkan itu sudah memandai yang sekurang-kurangnya tak menunjukkan sangat kau neh macam nak mengayat ! Bagi tips pulak aku ni. Tak berjaya jugak jangan salahkan aku yer ... Hahahah :PP


Kesimpulan daripada bebelan dan tips entah ape-ape aku, aku nak cakap aku tulis macam ni bukanlah bermaksud aku ni tak de chat langsung, tapi itulah aku cakap ayat tu biar kena pada tempatnya. Nak berkawan tak salah tapi berpada-padalah. Lagi satu, aku nak nasihatkan perempuan-perempuan terutama adik-adik yang masih bersekolah, jangan mudah rasa berbesar hati bila ada orang tegur memuji melambung, sebab kita tak kenal pun dia siapa, dan benda dia cakap tu mungkin dia dah cakap untuk kali ke seribu. *Siapa tahu kan .... Renung-renungkan :))



Kata Saya :: Prejudis adakalanya perlu, adakalanya memakan diri sendiri :))

4 Budak Pemurah Datang Komen:

ahsfantasy24 said...

Awak sayang, awak ni comellah.
Saya nak minta nombor fon boleh?
;))

SnowQueen said...

x boleh .. sbb awk dah berpunya :PP

ahsfantasy24 said...

Eh, ada syarat la plak ea? ;b

Jasman said...

perlu jgk berhati2...

♥ Jalan Cinta ♥