Pengalaman seorang hyperhydrosis :))

SnowQueen | 9:38:00 PM | Thursday, May 31, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Sebelum nak berkongsi pengalaman kan... meh pakat baca ni dulu, hyperhydrosis  bagi mereka yang tidak tahu.



Saya dah lalui ni lama dah... tempat yang hypernya ialah kedua-dua tapak tangan dan tapak kaki. Sejak sekolah rendah lagi... atau mungkin sebelum tadika lagi (tak berapa nak ingat). Tapi sebab tak tahu ada cara nak pulihkan jadi buat tak tahu jela walaupun sebenarnya mengganggu aktiviti seharian. Sehinggalah sewaktu ingin menderma darah, pembantu makmal pada ketika itu menyarankan saya agar meminta surat rujuk untuk kes seperti ini.


Pada mulanya saya pergi keHospital Lipis. Dekat Hospital Lipi tu memang tak de rawatan apa pun, sekadar borak-borak kosong dengan dokter je. he3... Tapi...... prosedure nak dapat surat rujuk punyalah lama..... Mula-mula ambil darah, dan pihak hospital kata akan call dalam masa 3 bulan. Penuh kesabaran ni tunggu, tapi sampai nak masuk 4 bulan apa-apa call pun tak de. Akhirnya, saya pergi semula ke hospital tu. Agaknya disebabkan rasa serba salah, hanya dalam dua tiga hari siap pun surat rujuk yang selama ni asyik tertunggu-tunggu. Alahai, boleh je cepat sebenarnya. Pada mulanya, saya sepatutnya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Tapi, memandangkan mak dan abah bekerja, saya cuba adjust hospital yang lebih mudah dan dekat. Akhirnya hospital beri kata putus tempat rujuk saya ialah Hospital Serdang.


Dalam hati, nak tunggu surat rujuk pun lama.... ni kan pula rawatan susulan. Ya lah... hospital besar kan, kerajaan pula tu. Tapi, sangkaan saya salah. Pada appoinment pertama, 10 Mei 2011, saya berjumpa dokter pakar yang merawat saya, Dr. Annand dan m.o yang membantunya Dr. Amirul. Dua-dua hensem dan baik pulak tu. ha3... Dr. Annand awal-awal sudah maklumkan tiada rawatan lain melainkan menjalankan operation dan jika ikut beliau minggu depan dari tarih appoinment terus nak buat operation. Memandangkan 14 Mei saya akan menjalani peperiksaan akhir semester, makanya saya request tarikh 28 Mei untuk admit ward, seterusnya menjalani pembedahan,.


Ahaa.... nak tunggu sampai 28hb tu memang tak rasa apa-apa lah.. Lagi-lagi sibuk dengan peperiksaan. Tapiiiii, jejak je kaki ke hospital, debaran memang terasa. Klinik saya pula klinik jantung. Bila naik wad, pesakit-pesakit lain semuanya sakit, tak macam saya segar bugar. He2... Tengok keadaan pesakit, makin terasa debaran di hati.


Hari pertama duduk dalam wad tak de apa sangat nak buat. Sampaikan boleh lagi snap2 gambar  dalam wad... Nak tengok?? Ha.. ni gambarnya. Ha3...




Nampak sangat muka sihat. Siap bunga-bunga lagi tudung. ha3




Lepas tu, Dr. Amirul ambil darah dekat nadi. Sesiapa yang nak operate akan diambil darah dekat nadi. First time ambil, bapakkk laa sakitnya, automatik tangan bengkak. Patutlah doc berulang-ulang kali cakap... sakit sikit ni, sakit sikit ni. Haha. Memang sakit pun. Jauh beza sakit dengan derma darah (bagi saya lah). Lepas tu x-ray dada, tanda tangan surat persetujuan pembedahan dan bius, dan prosedure-prosedure biasa seperti ambil tekanan darah dan lain-lain.


Operation akan dijalankan pada pukul 3 petang keesokan harinya. Pukul 12 malam dah kena bermula puasa sehingga lah sampai waktu operation (untuk elak muntah apabila dibius). Rupa-rupanya nak operation banyak sangat prosedure yang kena lalui. Kita dengan nurse ni memang kena tebal muka lah. Malam-malam dah sapu iodine dan akohol dekat badan (elak bakteria). Pukul 5 pagi dah pakai baju nak pergi dewan bedah dah. Padahal bedahnya petang nanti. Macam gaun witch pun ada gak sekali tengok. ha3.


Nak tunggu masa kena operate tu, hanya Allah ke tahu perasaan ni. Segala keberanian sebelum ni hilang macam tu je.... Sedang berborak-borak dengan mak abah dan tunggu cik abang sampai, tiba-tiba m.a dan seorang nurse sampai dengan katil beroda. Alamak... tak sangka akan seawal tu mereka datang jemput. Siap bagi ubat hilangkan rasa debar lagi. Tapi masa tu, ubat pun tak berkesan. Mak dan abah iringi ke dewan bedah.




Selesai je adegan cium pelok dengan mak dan abah, saya terus dibawa ke dalam satu bilik khas. Di bilik tu macam-macam wayar disambungkan ke badan. Tangan ni ditebuk sampai 4, dengan oksigen lagi... Fuh...badan sampai terketar-ketar jadinya. Masa tu nak je cakap... saya tak jadi nak operate. Saya rela berpeluh berbaldi-baldi pun. Hahaha... Tapi dah terlambat. Wirering je ada lah dalam setengah jam. Selepas tu barulah dibawa masuk dalam bilik bedah. Mata masa tu terkelip-kelip pandang orang ramai, pandang mesin-mesin, lampu-lampu, pisau-pisau.... Dalam masa yang sama, mulut tak henti-henti selawat... Takutnya bukan kemain. Sampai satu ketika, serius tak sedar bila masa pengsan dalam masa sibuk memerhati macam rusa masuk kampung... Ngeh3...


Sedar-sedar je... dengar sayup orang paksa bangun... Ruslina bangun... bangun, bangun... Macam paksaan betul lah. Bila bangun, perghhh dada memang sakit yang amat + sesak nafas. Kiranya sakit satu badan. Wayar depan belakang. Oksigen tiap masa. Masa tu dah pindah wad dah. Mak pun tak boleh teman macam wad biasa. Seperti rasa menyesal jugak lah tak sakit cari penyakit. he3...




Ni tag tangan kedua selepas operation. Yang beza dengan tag tangan yang pertama cuma wad sahaja. Wad pertama wad 6F.




Keesokan harinya dah dapat keluar wad disebabkan katil semua full dan hospital nak terima kes lain. Keadaan saya pun dah stable walaupun masih lemah. 8 Jun nanti  baru pergi hospital tu semula untuk buka jahitan.



 Buku appoinment :))




Melalui pengalaman sendiri la, saya ingin nasihatkan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama (hyperhydrosis), kalau rasa benda tu belum tahap serius, sekadar peluh sikit-sikit tak perlu buat operation tu. Dah nama pun operation, walaupun tak seserius macam jantung, misalnya, yang akan ditidurkan sehingga dua hari, dijaga rapi dan risiko lebih tinggi, namun operation seperti ini tetap ada risiko. Contohnya, risiko untuk pembedahan seperti pendarahan, infection, koyakan besar dan lain-lain. Risiko bius pula, muntah-muntah, tersedar  semasa pembedahan, gigi tercabut, kekejangan, stroke dan lain-lain (walaupun sangat jarang berlaku). Walaupun operation hanya memakan masa satu jam lebih, namun kesakitannya tetap terasa.  Tapi, kalau rasa masalah ini sememangnya mengganggu aktiviti seharian boleh lah mencuba. Memang berkesan walaupun peluh akan keluar ke tempat lain seperti belakang badan. Apa-apa pun yang penting berbincanglah dengan ibu bapa kerana apa-apa pun keputusan kita, kita kena fikirkan kos perjalanan, jadual kerja ibu bapa dan sebagainya.


Sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit cuma :))







Kata saya :: Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

♥ Jalan Cinta ♥