Ringankan tangan bagi memberikan nilai yang tidak sebeberapa ...

SnowQueen | 11:52:00 AM | Thursday, July 14, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Bila kuliah ke, pergi ceramah ke atau apa-apa seangkatan dengannya ... segala bebelan panjang dan informasi ilmiah ni kadang-kadang sukar betul untuk menjadikan diri pendengar aktif ! Tapi, kalau bab kata-kata keramat dan sesuatu yang berlandaskan pengalaman si penuturnya sendiri memang rasa seronok sangat dengar ... Senang cerita menusuk kalbu betul lah kata-kata azimat mereka tu ... Ok, bawah ini kata-kata yang terbaru dapat dan dalam doa berharap agar diri ini berpegang teguh seperti pemilik kata ini .... Menurut beliau, hasil kejayaannya sekarang kerana malakukan perkara ini sepanjang beliau berkerja dengan izinNya

.
.
.
.
.
.



" Bila dah kerja wajibkan beri ibu bapa sebahagian daripada gaji, dan kalau boleh tetapkan jumlah setiap bulan kecuali jika ingin melakukan penambahan .... "




Maksudnya, jika melalui gaji kita hanya mampu memberi sebanyak Rm300 sebulan (sebagai contoh) untuk ibu bapa kita, pastikan jumlah itu sama pada setiap bulan, melainkan ingin melakukan penambahan ataupun sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan .




Menurut si pemilik kata ini lagi, gaji besar mana pun tidak akan berkat jika tidak disalurkan kepada ibu bapa. Pelik, malah teramat pelik jika anak yang bergaji besar tapi nak hulurkan sepuluh ringgit pun berkira ! Hmm ... nabis baik lah ibu bapa tu tak claim duit mengandungkan, duit melahirkan, dan duit membesarkan ... Kalau tak rasanya gaji besar tu pun tak mampu nak bayar !!!!! Ya, ALLAH semoga diri ini tidak menjadi seperti ini . Takut kerana manusia terbiasa dengan sikap lalai dan lupakan kulit itu ... Huhu =.="













Kata Saya :: Kasih sayang, budi, dan pengorbanan tidak terbayar dengan wang ringgit !!





♥ Jalan Cinta ♥