Yang kita tak sedar kita akan lakukan ...

SnowQueen | 9:28:00 PM | Saturday, June 25, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Waktu kita sedih, kecewa, atau marah kan .. Kadang-kadang kita tak mampu nak kawal diri kita. Kita kalau boleh nak post macam-macam dan yang sebenarnya bukan mahu meraih kejelikkan orang lain untuk membacanya, melainkan lebih kepada ingin orang yang dimaksudkan itu sahaja yang baca (walaupun tahu dia tak kan baca ... >.<) .




Bila dengar lagu pula, terasa lagu-lagu di radio seperti memerli kita kan. Lepas tu mulalah tak tahu malu menangis tak tentu pasal. Sedangakan penulis lirik tuh entah tuju kat siapa lagu tu kita pulak yang over tacing ... Haha



Kalau mendung pula nak-nak lagi hari hujan, mulalah tenung-tenung luar rumah tengok hujan yang mencurah-curah turun. Berjiwa lah konon-konon ye ....



Bila tengok orang lain senyum dan ketawa, rasa nak pergi bunuh je kan orang-orang tu. Memang tak tentu pasal betul lah kan nak sakit hati tiba-tiba. Memang kena letak antiseptip banyak-banyak dah ni kat hati.



Dan akhir sekali ... bila kita berdoa, tak lain tak bukan segala rasa itu kita luahkan kepadaNya .... Yang sebenarnya ketika ini sememangnya kita benar-benar sedang mencari kekuatan .... :))




" Lindungilah kesedihanmu dengan senyuman,
Walau di hatimu penuh kedukaan,
Kerna tabah menempuh dugaan,
Menunjukkan kamu mempunya iman ..... "












Kata Saya :: Kecewa itu tidak salah, yang salah apabila kita tewas dengan kekecewaan itu ..... :))

Tak payah nak my god sangat lah !!

SnowQueen | 11:26:00 PM | Thursday, June 23, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Ramai dalam kalangan kita yang sering menggunakan perkataan oh, my god ataupun OMG lah senang cerita daripada kalimah Allah s.w.t. Hmmm ... sekadar nak berkongsi ilmu yang baru sahaja dapat sebentar tadi, di mana ....




" Dosa apakah yang kita lakukan sehingga berat lidah untuk melafaz kalimah Allah ?? Sebesar-besar dosa ialah apabila kita berat menyebut nama Allah .... "




MasyaAllah, kalaulah benda susah lain kita tak mampu nak buat, rasanya sekadar menyebut nama Allah tak sukar pun kan .......



Sekadar memuhasabah diri ....











Kata Saya :: Perkara yang mudah itulah selalu menjadi perkara yang berat untuk dilakukan ....

Yang sikit itulah perlu diperbanyakkan ....

SnowQueen | 7:24:00 PM | Tuesday, June 21, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Udara di sini (IPG Tengku Ampuan Afzan) masih terasa segar seperti dahulu, sikitpun tak berubah meskipun sudah meninggalkan beberapa sem bersama-sama memori suka duka di sini. Namun, diri ni tetap rindukan udara di kampung halaman meskipun daerahnya hanya bersebelahan sahaja :PP



Sekarang kita sentiasa ingat mak, ayah, keluarga dan rumah yang tidak pernah lekang dari ingatan kita. Mungkin hidup di sini tak semudah di rumah, tak henti diuji dan dicabar bukan sekadar oleh manusia malahan kerja-kerja yang menanti membuatkan kesemua kesayangan kita menjadi ingatan setiap masa. Tapi, pernah tak kita terfikir kita dah besar nanti, apabila dah berjaya mendapat kerjaya, dah pakai kereta besar, dah ada rumah sendiri, yang kita jarang-jarang ada ingatan seperti waktu kita susah-susah ni ... Uiksss, mintak dijauhkan perkara macam ni terjadi dekat diri sendiri sebab tu kena sentiasa beringat dari awal .... :))




Meneruskan perjalan yang masih jauh. Semoga diri ini kuat ! :))










Kata Saya :: Ilmu yang kita miliki ibarat hanya satu jari yang mencelup satu lautan besar sedangkan lautan itu tak terbilang banyaknya - via Puan Fazilah

Kalaulah kita letak diri kita kat tempat orang tu ....

SnowQueen | 3:48:00 PM | Friday, June 17, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t










Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah realiti kehidupan yang terkadang terkena pada batang hidung kita sendiri kan ... Macam cerita Anissa yang sedang rancak ditayangkan di TV 3 setiap Selasa - Khamis jam 10.30 p.m, terdetik di hati Lyna dalam baik manusia, ada jahatnya ... dalam jahat manusia ada jugak baiknya ... Macam-macam .....




Secara ringkasnya, cerita Anissa ni mengisahkan empat tonggak utama yang berkawan baik menerajui sebuah syarikat. Yang ni Lyna tak nak cerita. Siapa yang berminat tontonlah sendiri mengikut waktu yang telah dinyatakan tadi. Yang Lyna nak kongsi bersama readers semua mengenai musuh dalam selimut . Dalam cerita ni, Anna (Fyza) berkahwin dengan Farid (Zamarul) tetapi mempunyai masalah untuk mengandung. Masalah ini menyebabkan Farid berkahwin dua dengan kawan baik Anna sendiri , Balqis (Rozita Che Wan) tanpa pengetahuan Anna. Balqis pula mempunyai skandal dengan Kamal (Eizlan Yusof) bagi menutup rahsia perkahwinannya.




Bayangkan setiap kali bergaduh Anna ni akan cari Balqis kerana bagi dia Balqis orang yang sangat dipercayai. Soal jodoh, hal berkahwin dua belakang punya cerita, yang Lyna dok terfikir-fikir kalaulah dalam realiti ada kisah macam ni, tak ke tergamaknya kawan baik sendiri ambil suami orang. Bagi Lyna biarlah kita tak dapat apa yang kita mahukan asalkan kita sedar kedudukan kita masa tu dan paling penting harga sebuah persahabatan yang banyak berjasa tu lagi penting.




Tapi, tulah .... kita tak de kat tempat mereka. Jadi, kita boleh lah cakap kita tak kan buat macam tu kan ......... Apa yang penting, sebelum kita buat sesuatu tuh kita kena fikir kalaulah kita berada di tempat orang tu ... Agak2 kuat ke kita neh ?? Kalau rasa jawapan lebih kepada tak, macam tu lah jugak orang lain rasa .... *mungkinlah ......







Kata Saya :: Nak memahami sesuatu keadaan itu adakalanya teramat rumit ....

Untunglah ada rupa ...

SnowQueen | 1:21:00 PM | Friday, June 10, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Wow ! sekarang tengah hangat crita Nora Elena kan ... Seronok tengok cerita tuh sebab semacam nama Lyna je disebut-sebut dlm cerita tuh ! hahahhaaaa (perasan !!)



Lyna suka sangat tengok Nora Elena atau nama sebenar dia Siti Saleha . Patutlah cantik kan ... Mix tu !! Tengok lah abang dia (Sam Bunkface) lagi lah macam mat saleh nye kan ... Teringat jugak ayat Adilah, kawan Nora Elena dara siri drama neh. Dia cakap untung lah Nora Elena neh ditakdirkan rupa yang cantik, menjadi lumrah kesukaan lelaki ...



Bila difikir-fikir kan ... Betul ayat tu ... Memanglah cantik bukan segala-galanya. Peribadi, sikap dan amalan yang teramat penting . Tapi secara tak langsung, rupa paras selalu menjadi sanjungan tinggi terutama lelaki. Itu fakta bukan auta !!!.



Dan teringat lagi soalan sepupu Lyna (asyik teringat je hari neh :PP) ... Dia tanya " K.ngah, kenapa ye orang lelaki walau ada bini or gf kat sebela tapi bila jalan ke apa tetap pandang perempuan !!" .... Glurpp ! Ha3 ... Lyna pun buatlah muka poyo jawab "Lumrahlah lelaki nakal. Yang penting cara dia mengawal nakal dia tuh. Lagipun pandang tu perkara biasa je ... " Hahahaha ... poyo ... poyo ... lau bf/suami Lyna yang buat macam tuh bukan jawapan neh dah bagi rasanya ... Bergusti kat situ gak terus :PPPP




Sebenarnya, kecantikan itu sememangnya anugerah untuk seseorang. Tapi dengan anugerah itu jugak perempuan selalu diuji. Yela, dah cantik meti ramai peminat. Nak kawal diri tu bukan senang ok ! Sebab tu ada artikel Lyna pernah baca perempuan cantik selalu curang. Ish3, itu semua atas diri individu sebenarnya. Dan Lyna bersyukur pulak rasa ditakdirkan jadi insan yang biasa-biasa. Walaupun Lyna ada hobi melihat girls2 cantik dekat fb atau majalah ! Bukan les tahu ! ha3 .. Tapi suka tengok .... Untung lah korang ada rupa ... :PPPPP




Antara muka selebriti yang cantik di mata Lyna ....







Ha .. ni lah dia Nora Elena (Siti Saleha) bagi sesiapa yang tak kenal .....






Lofa ni kalau pakai tudung mesti lagi cun kan ... Hu3 ....






Ha, ini pula Siti Fathia ... alah, belakon dalam Ummu Hani tuh .... Cantik jugak :))))





Kata Saya :: Ciptaan Allah SEMUA indah-indah belaka ...... :))

Tiket wayang dan nilai sentimental

SnowQueen | 10:29:00 PM | Saturday, June 4, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Hari ini (4 Jun 2011) barulah berpeluang keluar berjalan menyedekahkan duit kepada gedung beli belah Times Square ! Walaupun ekonomi sedang gawat, namun langkah kakiku tetap gagah memasuki satu persatu kedai, tingkat demi tingkat !! Haha XD



Seperti biasa, bila dah niat nak tengok wayang tuh sampai jer semestinya terus beli tiket kan ... Pada mulanya nak tengok Nur Kasih tapi pernah pasang hajat nak tengok dengan seseorang ... Jadi macam tak best je tengok dengan orang lain ... Huhuhuu ... Biarlah tak dapat tengok langsung kan ... sob sob =.=' .



Lepas tu nak tengok cerita Karak tapi tiket sold out laa pulak . Yang tinggal pukup 5.40 p.m . Mak aihhhh tak bising lah pulak mak kan balik lewat nanti ... Last sekali pilih lah cerita Pirates and The Caribbean (on the stranger tides). Yang biasa punya tinggal seat depan jer ... Jadi terpaksalah mengeluarkan dua not merah untuk tengok Pirates versi 3D. TAPI, berbaloi-baloi kot! Sumpah best !!!! Kapten Jack Sparrow terbaik lah !!! Jatuh cinta macam neh .... Ahahahaa XD





♥ Jack Sparrow !!!!!!!






Test .. test spek 3D dulu sebelum masuk hall :P:P





Lepas puas gelak ketawa dan menyerahkan sepenuh perhatian kepada cerita, tibalah masa mengisi kekosongan perut. Dah pilih makanan ni, sedar-sedar tiket wayang tadi hilang ! Sebagai penggemar menyimpan tiket-tiket wayang terutama cerita-cerita yang berjaya meraih 5 bintang harus berasa kecewa apabila tiket wayang tuh hilang ! Apa lagi, lepas jer makan setiap tapak yang pernah melangkah selepas tengok wayang tuh Lyna pergi semula. Dari lif, tandas, surau, sehinggalah ke kedai yang pernah disinggah semua masuk semula hanya demi sekeping tiket wayang !!! Fuhhhh ~~ Orang kehilangan suami pun tak cari laki dia macam ni kot !! Hahaaa ... Akhirnya, tetaplah hampa ... Mungkin tiket itu sudah disapu oleh cleaner, atau ditendang oleh pengunjung, atau terselit di mana-mana ... Ha, itu yang kita tak tahu ... hua3



Sebenarnya tiket wayang walaupun tak de nilai dari segi wang ringgit tapi ada nilai sentimentalnya sendiri . Tak tahulah bagi orang lain kan ... Bagi Lyna mengumpul tiket wayang merupakan satu kepuasan. Dan dek kerana kecewa tiket wayang hilang, Lyna ubati dengan membeli 4 helai baju!! Haha ... Boros nak mampus ! Tak sedar2 agaknya duit dalam akaun dah nazak =.="






Okay, 3 yang atas tuh semua cerdigan. Lyna beli banyak cardigan sebab ada orang suka tengok Lyna pakai cardigan *katanya ...




Apapun terima kasih kepada sepupu si pengarang jantung tercinta kerana setia menemaniku hari ini. Eceh !! Sayang kamu ketat-ketat lah




Ha, tu dia ... yang ke hulu ke hilir sehari suntuk dengan Lyna ! Nur Azreen namanya ... :))






Kata Saya :: Andai kisah kita boleh diceritakan, maka cerita itu cerita yang tak berpenghujung ....... :))))

123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥