Sutera Bidadari :)))

SnowQueen | 6:57:00 PM | Wednesday, April 27, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




"Cinta Sang Ratu... Laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang.. seluas langit terbentang... Tatkala cinta berbisik.. suaranya memuji TUHAN.. apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan... Sampai masanya cinta jadi taruhan..Sang Ratu menjadi pilihan.... "



Gembira sangat... gembira kerana mampu habiskan trilogi hebat Ramlee Awang Murshid (RAM) ini dalam masa satu hari suntuk!!! SUTERA BIDADARI - Hanya namaMu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini...




Tapi, nampak gayanya RAM tak pernah lelah untuk menjadikan trilogi ini satu rentetan cerita yang panjang tanpa sedikitpun bosan bertandang semasa mengembara dalam triloginya. Sungguh, nukilannya tak pernah mengecewakan!! dan... pastinya ternanti-nanti sambungan Sutera Bidadari ini apabila Sang Ratu Ratna muncul semula... Arghhhhh.... berapa lama pernantian itu tak tahulah... sebabnya, novel akan datang RAM bukan sambungan kepada trilogi ini. Katanya Fiksyen 302 bakal menghiburkan para pembacanya selepas ini... RAM memang selalu bermain emosi dengan pembacanya!!!!! Nampak gayanya sambungan trilogi ini semestinya novel selepas Fiksyen 302... Adushh.. menuntut kesabaran tuuu... Hu3




Apa pun... Sutera Bidadari... TERBAIKKKK!!!!! :)))))



Trilogi RAM :

Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Cinta Sufi
Sutera Bidadari











Kata Saya :: Biar tersalah ampun daripada tersilap hukum.....
(Laksamana Sunan)

Munajat Cinta (◕‿◕✿)

SnowQueen | 7:46:00 PM | Tuesday, April 26, 2011 |
Assalamualaiukum w.b.t.




Err... kenapa aku rasa sunyi untuk beberapa ketika ini... Ouhhh, abaikan perasaan ini.. Oh, munajat cinta... :)))




Munajat Cinta


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah...


Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu pupus


[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya....


Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus.....

[Chorus]






Kata Saya :: Terlekat ingatan ini kepadamu tatkala mendengar lagu ini :)))))

Saya tak cakap pun kan :))

SnowQueen | 9:23:00 PM | Wednesday, April 20, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t







Ehem..ehem.. salah faham selalu mencetuskan perang dunia ketiga, keempat, dan ada yang sampai tahap boleh letak tanda noktah lah hubungan tuh kan! Hahaa... Yang ini cakap lain, yang ini pulak nak buat andaian sendiri... Ishhh.. Kata sehati sejiwa, macam mana tak serasa pulak ni??? Hahaa.... Macam2 bukan adat berkasih ni..... =P



Kes2 yang selalu terjadi....



::Saya tak cakap pun awak gemuk... saya cuma nak awak jaga kesihatan awak::


::Saya tak cakap pun awak tak cantik... saya cuma nak awak tahu apa yang sesuai dengan diri awak::


::Saya tak cakap pun awak malas... saya cuma nak awak belajar banyak perkara dalam kehidupan ni::


::Saya tak cakap pun awak banyak kekurangan... saya cuma nak awak perbaiki setiap kelemahan awak::


::Saya tak cakap pun awak merimaskan... saya cuma nak awak lebih memahami::


Saya tak cakap pun nak orang lain... saya cuma nak awak tahu berkawan biar beribu::


::Saya tak cakap pun awak cengeng... saya cuma nak awak jangan terlalu ikutkan perasaan::


::Saya tak cakap pun tak rindu... saya cuma nak awak belajar erti sabar::


::Saya tak cakap pun awak membebankan... saya cuma nak awak faham saya juga ada komitmen lain::


::Saya tak cakap pun nak tunjuk pandai... saya cuma nak tegur salah awak::


::Saya tak cakap saya semua betul... saya cuma mahu terus terang apa yang saya rasa::


::Saya tak cakap nak gado je... saya cuma mahu selesaikan masalah::


::Saya tak cakap awak tak boleh ambil tahu hal saya... saya cuma mahu awak lebih sayangkan diri awak berbanding diri orang lain::


::Saya tak cakap pun saya saya tak sayang... saya cuma lebih suka sayang itu diperlihatkan daripada diperkatakan!!! :))))))::





Kata Saya :: Tapi, saya nak cakap... saya sayang awak selamanya :))))

Ha'ah aku jeles....so???

SnowQueen | 12:09:00 AM | Sunday, April 10, 2011 |
Asslamualaikum w.b.t



Tajuk entry nak hot hot jer kan.... Haha! Tarik nafas.. turun... Tarik.. turun lagi... (cuba menenangkan diri)... Much better.. :))))))



-----------------------------------------------------------------------------------







Sebenarnya tak tahu nak post apa... Semakin berhati-hati dalam menulis sekarang. Betul. blog kita punya, jadi belasah lah nk tulis apa kan. Tapi, kita kadang-kadang alpa yang kita tulis tuh ade kesannya untuk masa-masa akan datang. Tak payah nak cakap orang lah, Lyna sendiri dah kena baru ni!!! Sampai terpaksa buang shout box takut ada serangan hendap secara tiba2... Hahaaa... XD




Nak tahu sebab apa terjadinya semua ni??? Sebab utama Lyna kesan, pemikiran penulis dan pembaca tidak sama. Apa yang kita cuba maksudnya kemungkinan tak tersampai kepada pembaca.. Ataupun memang kita tulis ikut sesedap rasa je????? Kalau rasa masin, kurangkan garam.. kalau rasa manis, kurangkan gula... Biar penulisan kita menjaga kesihatan pembaca-pembacanya agar tidak ada yang terkena serangan jantung secara tiba-tiba, darah tinggi naik mendadak, dan juga sawan b**i tiba2... Hahahhaaa.... Tepuk dada, tanya diri sendiri yer... =D




Kadang-kadang Lyna juga sedar blog ni juga punca tercetusnya masalah atau pergaduhan. Tak de contoh lain... Lyna jugak lagi.. Haha! Salah diri sendri. Nak sangat tulis ikut perasaan sendiri kan.. Ha... amek ko!!!! Tanggunglah akibatnya... Ha3.... Mintak maaf bagi yang berkenaan.. Sayang kamu lebih lah.... Hehehee :)))))





Yang sebenarnya... apabila jari jemari sedang rancak menaip, apabila emosi sedang bercelaru, dan apabila ayat sedang mencurah2 berlegar di ruang pemikiran, kita menulis sehingga terlupa bahawa apa yang kita tulis itu beribu-ribu pasang mata yang membacanya!!!! Dan kita juga terlupa... bahawasanya dalam kotak fikiran mereka tidak semestinya seperti apa yang kita cuba zahirkan... Berfikir dahulu sebelum menulis ok!! (ingat tu Lyna!!!!)





Tapi, bagi Lyna payah nak berhati-hati ni... Lyna sendiri pun gagal sebenanrya. Masa tulis tak de dah nak fikir apa. Apa yang rasa, itu lah yang tulisnya.. Jujur sangat!!! Hahahaa.. Tapi, sekarang dalam usaha cuba untuk kurangkan... Huhuuhuu..






Kata Saya :: Tanpa sedar... aku tertulis tentangmu!!! :))))

Dah la muka sememeh, sebut pun salah..kah3

SnowQueen | 9:33:00 PM | Wednesday, April 6, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Oh, tadi satu kelas kena rakam video konon2 tengah mengajar lah ni... Bagi subjek Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM 3105) Dengan tak de prepare apa-apa. Teks pun tak de... Amek kau... hasil yang sangat bolokkkks~ Hahaa... Dala muka tak menjadi (muka toya). Sebut pun ada salah.. Tak leh lawan Cikgu shida lagi lah macam neh... Wakakaa... Tak pe.. ni video main2 je pun... konpem buat yang lain nanti!! Nanti papa Jalal marah... Hahaa =P




video





Tapi yang betul-betul punya, Lyna ingat tak nak eja mengeja ni.. Nak buat topik lain dan bahan bantu mengajar (BMM) yang ok pada yang ni. Ni tadi on the spot. Guna kertas A4 jer kot.. hu3... Agak2 bila lah nak buat ni... Minggu depan tak de seminggu pergi Jamboree selama seminggu pulak!! Haiyak~



Post pone dulu rakam video ni. Nak sambung buat esaimen dulu... Tak sabar tunggu Jumaat ni... Balikkkkkk!!!.. Esaimen kata pergi, rumah kata mari.. ekekekeee =D





Kata Saya :: Hari ini saya belajar, satu masa nanti saya akan mengajar!! :))

Bila marah menguasai diri

SnowQueen | 6:49:00 PM | Monday, April 4, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Kamu baik, disegani, selalu menjadi pujian mulut2 orang. Tetapi, kenapa bila kamu marah kamu lupa semua itu.... Tahukah kamu, marah itu menjadi api yang memakan diri sendiri!!... Oh, betul kata orang, pabila marah menguasai diri, tindakan tak terhalang dek pemikiran. Semakin dikata jangan, semakin pula laju gerak balas diberi. Semakin disuruh diam, semakin pula lantang berbicara. Jangan marah-marah sayang... Saya rindu melihat lesung pipit di pipimu!! :))











Kata Saya :: Marah tandanya sayang *mungkinlah....

♥ Jalan Cinta ♥