(◕‿-✿) Hindari rasa takut itu!! (◕‿-✿)

SnowQueen | 4:01:00 PM | Thursday, March 31, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Hindari rasa takut itu!! Ya, itu yang Lyna sedang lakukan... Lyna sangat penakut... sangat!!!... Tapi, ada ketikanya Lyna terfikir.. bersalin nanti lagi sakit, dan bila ajal memanggil lagi2 lah kan.... Huhuhuu... Bila fikir semua ni barulah Lyna kuat.. kuat untuk mencuba. Tak de masalah, masalah kecik je tu... (wat2 kental! Dalam hati hanya Allah yang tahu.. haha).



Tadi Lyna punya hasrat yang sangat besar. Sebenarnya dah lama dah nak. Tapi, Lyna tahu berat Lyna tak kan lepas punya!! Dan baru ni berat Lyna naik selepas pergi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) dekat Terengganu. Ya, cukup... cukup2 makan!!! Pembantu makmal cakap berat untuk menderma kena 45 ke atas. Dan Lyna cukup2 makan je (45). Jadi diorang cakap tak boleh sebab darah tu cukup untuk diri sendiri je.. Kecewa kot! Walaupun takut, Lyna tetap nak cuba. Tu lah antara ciri2 Lyna.. Penakut tapi mahu. Bila bab takut tapi mahu ni, ingat kat mak. Mak selalu marah Lyna tengok cerita hantu sebab tahu Lyna ni penakut yang amat... Hahaa XD. Bukan takat cerita hantu jer.. bab2 cucuk2 ni pun Lyna takut! Tapi sekarang Lyna tengah cuba untuk kurangkan dengan memberanikan diri macam hari ni lah... Tapi apakan daya... Tak lepas =,((. Tak pe, nanti nak makan banyak2 kasi lepas!! Nak jugak!!:))



Oh, ya.. Lyna bukan pergi sorang2 hari ni.. Tapi, pergi dengan empat orang kawan lagi. 3 yang nak derma darah tapi tiga2 tak lepas!! Sabar jela. Sorang sebab berat, sorang lagi sebab haemoglobin tak cukup. Yang lagi sorang lepas dah semua.. BP pun ok... vein pulak kecik sangat. Tersekat-sekat masa darah keluar sampaikan akhirnya tak mengalir. Kena banyak exercise menurut kata nurse. Huhu... Semua hampa.. Sampai pasang hajat nak pergi hospital lagi Khamis depan (sampil ponteng kuliah!) Hahahaa =P





Ha... Yang ni lah budak lepas semua kriteria penderma darah tetapi ada masalah vein pulak... Misi dan pembantu makmal sedang berusaha keluarkan darah.. Dyla banyak lemak ni... Tak nampak urat! Hahahaa XD







Lyna pulak tukang ambil gambar lah... dah tak lepas kan =,((






Betul.. betul.. betul... (merujuk pada keratan surat khabat di atas)




Apa pun.. yang seronoknya, untuk 21 tahun ni.. Lyna tak pernah tahu langsung darah Lyna jenis apa (teruk nak mampussss)! Haha... Hari ini disebabkan hajat nak derma darah, Lyna pun dapat tahu darah Lyna jenis O! Lyna belajar cara nak tahu jenis darah lagi. Pak cik (pembantu makmal) yang sangat peramah ajar. Walaupun waktu sekolah dulu pernah belajar, tapi masalah pelupa yang melampau2 ni menjadikan maklumat tadi macam informasi pertama baru dapat! Lyna tanya pak cik tuh macam berminat gila nak jadi pembantu makmal.. Haishhh... berangan lagi... Hik!






O - penderma darah universal!!



Lepas kecewa tu kan... Lyna pergi klinik gigi. Cek lah apa yang patut. Dan tujuan utamanya nak tanya pasal braces!! Salah satu hajat yang dah lama dipendam2. Tapi, dokter kata gigi Lyna tak de masalah pun. Siap ambil pembaris lagi ukur. Lawak2... Dokter tu cakap sekarang terpulang pada diri Lyna. Tahap kepuasan pada diri sendiri. Entahlah... Lyna nak... Tapi.... arghhh, mungkin terpaksa batalkan hasrat tu!! =,=




Kesimpulannya, hari ini Lyna ibarat buat lawatan sambil belajar di hospital!! Ke hulu ke hilir bz macam banyak sangat penyakit nya! Orang yang betul2 sakit pun tak macam tuh.. Hahaa... Tapi memang best lah. Dah lah hari pertama untuk sem ni tak pergi kuliah. Seronok rupanya! Baru tahu.... Hahahaaa XD







Lawatan sambil belajar yang menyeronokkan!! =))))






Kata Saya :: Nak letak antiseptip banyak2 pada hati yang luka!!! :))

Lagu ST12 semua best!!!

SnowQueen | 5:05:00 PM | Wednesday, March 30, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t..




Lagu ini pulak!! Ok, macam biasa... pusing untuk seratus kali lagi!


Biarkan aku jatuh cinta - ST12 ♥

Tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
takkan menyesal hidup di dalam hidupku
rasa ini tulus padamu
dan kan ku biarkan sampai aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
pesona pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak

Tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

repeat reff


----------------------------------------------------------------


Ok, Lyna sangat kecewa tak dapat balik rumah minggu ini. Sangat gembira dengan esaimen yang tinggi menggunung dan kursus pengakap yang sangat dinanti-nantikan itu!! Haishh... Tak guna ada kereta tapi tak de masa nak gerak ke mana-mana, tak guna rumah dekat kalau tak boleh balik rumah!! Err... tabah jela yer... =,=



Selalunya kan.. bila habis exam ke habis sesuatu perkara yang membebankan mesti masing-masing ada plan sendiri apa nak buat, kan.... Macam pergi holiday ker... Haa... Lyna pun ada.. Jangan main2!! Haha... Check it out~




10 perkara yang separuh menguntungkan dan separuh merugikan ingin dilakukan selepas segala projek2 besar dihantar!! :)))



1. Balikkkkkkkk!! Rumahku syurgaku... Family, kucing, kura-kura, jiran tertangga, bantal busuk semua dah memanggil (err...bajet diorg ingat kat aq!!)



2. Nak pergi Korea ok!! Hahaaaa... Err... maksudnya tonton cerita Korea lah... Nak cari pakwe putih ketot....hahahaha (mamposss kalau k.et bace!!).



3. Kemas kini segala folder yang menyerabutkan dan memberatkan laptop!! Bila buat esaimen ni macam2 bahan ada.. Yang tak penting tuh pas ni boleh laa main jauh2 yer... Jasamu dikenang!! Wakakaka~



4. Nak date dengan perwira!! Nak jalan jauh2 bawak hati yang lara (ecececeee). Kesian giler kat kereta. Minggu sibuk ni jenguk nak hidup enjin pun tak... Kalau mak dan abah tahu mesti kena marah lah ni... Huhuhuuu -_-




5. Buat sesuatu kebaikan.. *wink*




6. Nak melawat ahli keluarga baru... InsyaAllah bila dah hantar semua kerja ni.. anak sedara pertama pun dah lahir... Tak sabar tau mak su!!! =))))))




7. Nak pergi buat facial... Bila kerja banyak ni, nak tepek2 benda kat muka pun tak sempat. Ni lah masanya kan... Hik!




8. Nak belajar sesuatu yang baru.... Hehe *wink2 lagi*




9. Nak masak, nak makan, nak masak, nak makan, nak masak, nak makan.. nak... Menggemukkan badan!!!! Hahahaa XD




10. Nak... nak... nak... KAMU!!!!! (hahahahaaa.... saje je buat kontroversi! =p)








Banyak kerja pun kena senyum selalu tau.... =)))






Kata Saya :: Lagu adakalanya mencerminkan perasaan si pendengarnya *kadang2 ok! :))

Apa khabar jodohku???

SnowQueen | 10:22:00 PM | Tuesday, March 29, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Lyna terbaca post ini dari Facebook seorang rakan... dan.. Lyna sangat tersentuh membacanya... Banyak gila kekurangan diri ini. Tak layak rasa untuk dapat orang yang baik.. Ermmm~~ Namun ni tetap Lyna ingin tujukan kepada jodoh Lyna.. Cewahh... Huhu....






Jujur, aku rindu kamu, wahai jodohku...


Tapi, saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang. Kadang-kadang aku terfikir, apa nanti saat Subuh tiba kau akan membangunkan aku? Mengajakku bertakafur dan bersujud kepadaNya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat Zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukkanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping kamu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang


Jodohku sabar dan tenanglah...
Aku di sini masih bersabar menantimu. Hatimu tidak terluka kan? Senyumlah... Kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita. Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah... dan dekatkanlah diri kepadaNya. Tetapi di sini aku berharap kamu baik-baik saja....


Jodohku, aku rindu...
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin aku cerita kepadamu. Begitu banyak pula aku harapkan untuk menantikan nasihatmu-nasihatmu. Hati ini kosong... dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyumbahkan luka dihatiku


Jodohku...
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quranmu? Sudahkah kau baca antara Maghrib dan Isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah padaku. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengar.

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? Semakin baikkah?

Aku harap seperti itu, jodohku...

Disetiap langkahku dan seusai solatku... Aku bisikkan al-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalanNya. Sabarlah sayangku, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama. Jangan sampai kau tersalah jalan sayangku...


Jodohku...
Nantilah aku, dengan pelbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita. Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama... kerana aku mencintaimu tulus dan ikhlas.


Jodohku...
Bersiplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkahlah dikalau aku salah. Sayang... berusahalah membahagiakan orang tuamu dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak-anak kelak. Jangan pernah merasa keseorangan kerana aku di sini masih menantimu...


Jodohku...
Kalau siang berlalu.. pejamlah matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar... Amin...


Jodohku...
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu...

Ingatlah sayang...
Aku selalu ada untukmu...
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduan ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..

Salam hormatku dan sayangku untukmu...





Kata Saya :: Bimbinglah aku yang serba kekurangan ini... Jodohku, aku sabar menantimu.... Hu3 :))

Pujaan Hati..

SnowQueen | 12:13:00 PM | Saturday, March 26, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Wah..wah...wah... Tak sakit ker telinga ulang lagu ni untuk ke seratus kali!! Oh, semestinyalah tidak kan apabila lagu itu seperti ada kena mengena dengan diri kita.. Err... Yeke ada kene mengena?? Haha.. Tak tahu, tak tahu... Yang penting, lagu ni memang best!!! Jom...




Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

[*]
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

[**]
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

Hei pujaan hati, pujaan hati

Back to [*]

Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati



video






Kata Saya :: Pujaan hati... Tak penting memiliki kamu kerana begini sudah cukup membuatku tersenyum. Dan pujaan hati... dalam diam kau hadir tanpa aku sendiri sedari :))

Getting braces..yuhuuu~

SnowQueen | 7:24:00 PM | Friday, March 25, 2011 |


Assalamualaikum w.b.t




Nekad! Nak pakai braces. Lyna kalau gambar candid serius sangat buruk! Mula2 fikir jugak kenapa kan.. Setelah membuat kaji selidik barulah Lyna sedar perkara ini terjadi disebabkan gigi Lyna. Act, gigi Lyna tak de masalah sangat. Cuma mungkin agak besar dan kedepan kot. Entahlah.. tak de lah ke depan sangat jugak. Tak kisah lah apa, janji Lyna tekad nak pakai walaupun tahu sakiittttt yang amat sangat!! Tapi, fikir kos yang mahal, kena fikir 10x jugak ni... Pinjam duit kakak dulu dah kerja bayar, aci tak?? Hahahaa... (macam dia nak bagi...he..). Tak kira tak kira.. Nak jugak!!! Huhuhuuu =,=




Lyna tak tahu sangat pasal braces ni. Jadi, siapa-siapa yang ada pengalaman atau pengetahuan mengenainya boleh lah kongsi dengan Lyna ye.. Lyna nak tahu sangat! :))





video






Kata Saya :: Senyum.... Tak perlu kata apa-apa =D

Kadang-kadang cukup sekadar menyukai tanpa memiliki membuatkan hidup bahagia :))

SnowQueen | 12:46:00 PM | Friday, March 25, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Tak semua kita mahu dapat. Tak semua kita harapkan kita miliki. Tapi, kalau kita ikhlas, kita tetap akan rasa bahagianya perasaan itu seolah-olah kita sudah memiliki! Menakjubkan! Dan lebih menakjubkan.. Kita tak kan ada rasa sakit hati disebabkan kita sememangnya bukan siapa-siapa bagi individu tersebut untuk memendam rasa yang lebih... Mungkinlah... Tapi, awas.. ada ketikanya kita tetap akan sedikit terluka akibat memendam rasa sendiri!! Namun, itu lebih baik, sekurang-kurangnnya sakit itu tidak seperti sakit apabila dihampakan! Dan... sepi itu adakalanya indah.... :))




--------------------------------------------------------------------------------




Oh, ya... Lyna ada jumpa terapi baru untuk hilangkan stress!! Err.. Tak de lah baru sangat. Cuma Lyna baru pratikkan sekarang.. Webby!! Amek gambar guna web cam da... Tadi masa tunggu nota kawan, Lyna tak tahu nak buat apa. Nak sambung buat assignment, tenet lembap macam siput!! Jadi Lyna pun ambil lah gamba bodoh2.. Fuhh... Hilang stress kejap! Haha... Jom layan gambar entah pape yang sempat Lyna ambil.. He... :))







Keselerakkan meja bukti kerja kami tinggi menggunung!! Gunung Kibabalu pun kalah da...







Dylaa over rajin hari ni! Haha..






K.et setia sebagai pelakon tambahan =P







Gembira sgt yer... Wat kerja lah... Haha..







PEACE =)))))








Kata Saya :: Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku.... :))

Pura-pura tak nampak..haishh~

SnowQueen | 9:25:00 PM | Wednesday, March 23, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Pura-pura tak nampak betul lah kerja yang bertimbun ni... Apa nak jadi daa... Bertindak!!! =))))) Sebenarnya, hari ni mood Lyna sepatutnya swing lah kan. Yela, terjatuh dalam harapan lah katakan... Tapi ni tak dari pagi senyum je kerjanya... Setiap hari Rabu mesti macam tu. Tiap-tiap minggu mesti Lyna tunggu hari Rabu... Rasa happy semacam jer... Haha (giler!!!)




Dah lah nak buat kerja.. Saja je nak curi2 masa post merepek2. Owh, esok hari jadi seorang kawan ni... Selamat hari jadi lah ye.. S***T Hahahaaa.... Tua dah kau!! 10.10 =D





Kata Saya :: Terima kasih hadiahkan senyuman ini =)))))

Tolong, saya tak nak balik!!!Fullstop~

SnowQueen | 7:04:00 PM | Friday, March 18, 2011 |
Assamualaikum w.b.t




Erm... sebelum-sebelum ni pun Lyna setiap masa bila dah cuti tak nak balik IPG. Tapi, kali ni yg mega hyper tak nak... Sebabnya... Dalam banyak2 semester, semester ni lah paling dasyat tahap kemalasan Lyna nak buat esaimen!! Balik kalau x de esaimen tahan lah jugak. Best jugak boleh jumpa kawan-kawan. Tapi, ni balik dengan kerja bertimbun, nak menangis rasa =,(((( Dah la tu kakak2 yang rapat dengan Lyna bakal tinggalkan Lyna selama sebulan untuk praktikum!! Lyna suka sangat kawan dengan diorang. Bila Lyna sedih, mood swing ke.. Lyna mesti turun bawah pergi bilik diorang. Bagi Lyna bila dapat borak2, bergurau senda dengan diorang, masalah tadi boleh Lyna lupakan sementara. Sedihnya. Sunggug sedih. Hmm... tak nak balik. Huhuhuhuu... Apapun, Lyna doakan yang terbaik untuk praktikum mereka. Mereka semua berkaliber. Lyna tahu tu... Lyna yakin mereka dapat buat sehabis baik!!! =))))) InsyaAllah...




Lyna harap balik ni Lyna tabahlah dari segi mental dan fizikal. Kena kuat. Sikit je baru dugaan tu. Huhu.. Rumet Lyna pun dah kata nak teman Lyna stay up malam2 buat esaimen!! Love cik mot-mot banyak2 lah.. =))) Oh, lagi satu matlamat Lyna balik ni.. nak dapatkan semula berat badan Lyna sebelum cuti.. mwahahaa~ First time neh berat badan Lyna 46!! Dapat bawah 45 jadi lah.. Tak payah turun banyak2 pun tak pe.. He... :))




Dan lagi satu... Lyna pasti rindu... rindukan kesemua sumber kekuatan Lyna. Family.Friends.Pets.Him!!! Biar jasad kita terpisah jauh... Namun hati kita selalu dekat~~
♥ ♥ ♥








Inilah salah seorang senior yang akan pergi praktikum!! Dia sangat baik. Going miss her damn much!!!!





Kata saya ::
"Distance means so little when someone means so much".

New header =)))

SnowQueen | 7:16:00 PM | Wednesday, March 16, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Lyna ada cakap nak post pasal Pewira Lyna kan... Tapi, rumah Lyna asyik hujan je... Lyna tak sempat nak keluar ambil gambar.. Huhu... Tapi kan... dari pagi Lyna cuba buat header. Pertama kali buat sendiri tau!! Header Lyna sebelum ni Kak Ayu yang tolong buatkan. Comel je tak macam yang Lyna buat ni... Hu3. Tapi, walaupun tak cantik, sebab usaha sendiri tetap puas hati lah... Serius Lyna tak reti.. Jadi, ni lah hasilnya.. He... Banyak benda pasal blog Lyna tak tahu.. Blog Lyna pun tak cantik dan tak kemas sangat. Masih belajar... Hik! :)



Jom tengok antara header yang Lyna buat tapi tak jadi guna...




















Cubaan pertama.....








Cubaan kedua... gambar kecik macam tak berapa nak sesuai..huhu










Cubaan ketiga... akan-akan header yang Lyna guna sekarang...





Oh ya... Lyna sekarang tengah gila lagu Terus Terang - Radja. Tak baru sangat lagu ni tapi lagu barulah untuk kumpulan Radja ni... Best jugak lah... Untuk $nowKing!!!



Lirik Lagu Radja Band – Terus Terang


Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya


[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta


[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan


http://hotliriklagu.co
[***]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan



Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan







Kata Saya :: Terus terang lebih baik daripada menyembunyikan... kerana menyembunyikan adakalanya menyakitkan!!!

First time sekolah hari ahad =D

SnowQueen | 10:51:00 PM | Sunday, March 6, 2011 |
-

Assalamualaikum w..b.t




Semalam baru Lyna cakap nak biarkan blog ni bersawang kan.. Tapi, bila ambil gambar banyak sangat macam tak sanggup je nak peram lama2... Hahahaa... Jadi Lyna pun merajinkanlah diri yang malas untuk update... Kalau readers nak tahu, ni pertama kali Lyna pergi sekolah hari Ahad!!! Yela, Lyna dari darjah satu hingga tingkatan 5 belajar dekat Pahang je. IPG pun dapat Pahang jugak. Tak merasalah Lyna nak sekolah hari Ahad ni kan. Kali ni PBS (pengalaman berasaskan sekolah) buat dekat Terengganu. Barulah rasa suasana pergi sekolah hari Ahad!! Apa lagi, mengantuklah!! Baru perhimpunan dah menguap!! Hahahaha.... Yang peliknya bila pergi derat (jalan2) bulat pulak mata!! Segar bugar je mata... Mana tak nya, rambang mata tengok barang2.. Semua nak beli rasa!! Baru berapa hari duit dah habis banyak. Beli ole2 untuk kesayangan2 lah katakan... He... =)))))




Bagi Lyna sekolah ni ok lah, best jugak... Tapi... kus semangat... bsinggggggg~~~~ PBS Lyna yang lepas2 xde lah budak bising tahap mega hyper kuat macam ni. Kelas pertama bising macam kelas terakhir. Sabar jela... Dah lah tadi kene relief subjek BI. Amek kau cikgu BM ajar BI!! Buat-buat pandai jela kan... Hahahaa!! Ada budak tu agak kurang ajar lah kan... Siap uji kami lagi... "Teacher2, is tu apa??" Aiyak! Nampak sangatlah nak uji kan.. Dah darjah lima, kelas pertama pulak tu.. tak kan x tau is tu apa!! Sekeh kang baru tau! Hahahaha XD. Budak2 Terengganu dapat laptop tahu! Tapi pendapat peribadi Lyna lah... tak membantu sangatlah.. Budak2 time kelas pun boleh ada yang nakal main game!! Erm... luar kelas boleh fikir sendirilah kan apa lagi diorang boleh buat.. Huhuhuu... Diberi kesenangan pun macam-macam hal jugak ye boleh jadi... Haishhhh~~




Apa pun derat kali ni memang best lah!! Sakit kaki macam baru lari 10 pusingan padang!! Tengah fikir... macam mana nak balik naik bas dengan barang banyak ni.. Aiyakkk!! @_@



Jom-jom pergi sekolah hari Ahad bersama-sama..Hik!!!




















Murid-murid bersedia untuk perhimpunan!!









Dekat dengan dewan terbuka sekolah....









Kenapalah kamu semua ni rendah sangat??? Hahhaaahaa XD









Nampak... Mereka main game!! Dah cakap dah kan... Huhuuu~








Sekolah ni memang cantik!! Berseni sana sini.. Esok kami kena tolong buat mural pulak... Makin bertambah berseni lah dengan sentuhan kreativiti kami!! =P








Rakan-rakan PBS kali ni... Empat orang rakan baru dari IPGM Kampus Perlis... Ramah tamah!! I likeeee ^^








@ Pasar Payang... snap2 walaupun panas terik!!!! Tak pe duna DSLR kan... panas terik pun jadi je gamba =D










Cikgu Lyna lah.... Haha!









Atas bot... berangin2.. Tudung pun habis keripuk2... Hahaaa!








Atas bot lagi.. Tengah tahan silau!! Muka Dayah (kaler ijau) cuak!!!! Hahhahaa XD





Banyak lagi gamba sebenarnya... Tapi, tak larat dah. Nak tidur. Esok nak lukis mural pulak.. dan... jumpa cikgu praktikum kacak!! Ahaksss~ Nampaknya persaingan sengit memandangkan yang buat PBS seramai 9 orang kali ini!! Jeng jeng jeng.... =P








Kata Saya :: Belajar menjadi pengajar terbaik =))))

050311::Kehidupan tidak sama seperti 3 tahun lalu::

SnowQueen | 10:40:00 PM | Saturday, March 5, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Gembirakah aku dalam kepura-puraan ini????
Sedikitpun tak pernah lupa tarikh hari ini
Tak kan.....
Tapi apakan daya
Terkenang pun tak boleh buat apa-apa
Semoga dia sentiasa bahagia.sihat.gembira.....
Doakan yang terbaik untuk dia
Ermmm~



---------------------------------------------------------



Oh ya, Lyna sekarang dekat Terengganu. Buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dekat Sekolah Seberang Takir. First time ni nak pergi sekolah hari Ahad.. Hehe... Yela, Lyna mana pernah sekolah area2 Terengganu, Kelantan dan kedah ni. Lyna sampai sini semalam lagi duduk rumah kawan area Batu Enam, Kuala Terengganu selama seminggu. Kami berlima buat PBS kali ni. Siap buat tentatif program lagi. Nak mampatkan betul masa selama seminggu ni. Seronok2. Lyna awal-awal lagi dah habis duit membeli. Haish... Kena banyak bersabar ni. Baru sehari kat sini dah mula memborong. Hik! Tempat pertama kami serbu lain tak lain pantailah kan... Jom tengok gambar-gambar santai kami =))))





















Ha... ni benda pertama Lyna shopping!! Melayang duitku... hukhuk. Tapi ok gak... Boleh Lyna pakai tudung ni esok kat sekolah alang-alang bawak baju kelabu kan... Hik! =D









Ni lah kawan-kawan yang buat PBS sama dengan Lyna.. Enjoy with them!!










Angin kencang rasa macam nak terbang!! =P










Photo shoot guna DSLR!! Hahahaa XD









Wat2 msg jerp.... Hik!








Aku bukan cinderella yang punya ceritera indah.....
~ 050308 ~






Tu jela kot entry kali ni.. Pemalas bukan??? Hahahaa... Cerita pun macam xde isi je... Letih dan malas lah.. Seminggu ni bersawang lagi lah blog ni nampaknya. Nak pergi sekolah kan.. Mesti bz.. Nak jenjalan lagi.. Walawehhhh~~ Na na na na na Terengganung kite... =))))))







Kata Saya :: Satu Tarikh mempunyai sejuta kenangan~



Terbukak =,=

SnowQueen | 2:49:00 PM | Wednesday, March 2, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t





Tadi tengan ziarah blog Lyna yang baru tapi dah start bersawang ni.. tiba-tiba terbukak post-post Lyna untuk bulan Januari dulu... Ya, Allah, hampir semua Lyna post pasal $nowKing Lyna!! Sedih sangat baca... Rasa sweet je kami masa tu. Tapi.. sekarang mungkin tak lagi... Hmm... Redha!!




Lyna pun tak tahu nak jawab apa bila orang tanya pasal hubungan ni. Lyna rasa dah ada noktah dah. Tipu lah tak sedih. Nak2 lagi sepatutnya sabtu ni anniversary kami untuk kali ketiga!! Tapi entahlah.. kalau kawan-kawan yang mengenali Lyna perasanlah, sem ni lah sem paling Lyna tak emotional sedangkan sebenarnya tahun inilah hati Lyna banyak disakiti!!! Mungkin sudah terlalu letih dan teramat tidak larat lagi melayan perasaan sendiri. Lyna sekarang selalu senyum.. Ada hajat nak jadi budak nakal lagi taw!! Bukan nakal yang berpeleseran, merayap tu lah.. Tapi, nakal dengan kawan-kawan, bergurau-gurau, jadi periang.. Huhuhuu... Lyna tak nak bebankah orang lain dah. Lyna malas. malas. malas!!! Just follow the flow. Kalau ini takdirNya, Lyna ok je hidup macam ni... *kot... Tak tahulah.. Perlukan masa. Satu benda yang Lyna terkilan, kalau nak putus pun kenapa mesti sekarang, setelah dah cipta banyak kenangan, satu Malaysia saksikan hubungan kami. Lyna malu, malu sangat dengan semua orang. Tak tahu nak jawab apa. Family pun dah kenal. Itu yang buat Lyna tertekan sangat. Tapi, kalau Lyna usaha sejuta kali pun, bila dia bukan untuk Lyna, Lyna tetap tak de kuasa mengubahnya =,(( Jadi, jangan tanya Lyna macam-macam lagi. Lyna tak tahu nak jawab apa. Lyna letih.. Tolonglah.....





Sekarang Lyna nak senyum je... Senyum lah sampai ke telinga pun. Tak kesahlah ada masalah berguni-guni pun. Sekurang-kurangnya senyum itu boleh tutupkan kesakitan di dalam hati ni.. Dan Special thanx untuk seorang kawan ini.. Lyna puas fikir apalah specialnya dia ni. Sama je macam kawan-kawan lain. Tapi kenapalah Lyna suka sangat kawan dengan dia, sampai tertunggu-tunggu dia buzz Lyna ke msg ke kan... Rupa-rupanya baru Lyna sedar... Dia berjaya hadiahkan Lyna satu senyuman yang hampir hilang. Sebab itu Lyna suka kawan dengan dia!! Akan tetapi, Lyna tak suka mulut orang yang mula nak bercerita di belakang itu. Kawan tetap kawan... tak lebih, tak kurang. Tolong faham yang satu ini! He =)))))







Mari kita senyummmm =D





Kata Saya :: Senyum itu penawar ketika duka =)))))))

♥ Jalan Cinta ♥