(◕‿-✿) Hindari rasa takut itu!! (◕‿-✿)

SnowQueen | 4:01:00 PM | Thursday, March 31, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




Hindari rasa takut itu!! Ya, itu yang Lyna sedang lakukan... Lyna sangat penakut... sangat!!!... Tapi, ada ketikanya Lyna terfikir.. bersalin nanti lagi sakit, dan bila ajal memanggil lagi2 lah kan.... Huhuhuu... Bila fikir semua ni barulah Lyna kuat.. kuat untuk mencuba. Tak de masalah, masalah kecik je tu... (wat2 kental! Dalam hati hanya Allah yang tahu.. haha).



Tadi Lyna punya hasrat yang sangat besar. Sebenarnya dah lama dah nak. Tapi, Lyna tahu berat Lyna tak kan lepas punya!! Dan baru ni berat Lyna naik selepas pergi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) dekat Terengganu. Ya, cukup... cukup2 makan!!! Pembantu makmal cakap berat untuk menderma kena 45 ke atas. Dan Lyna cukup2 makan je (45). Jadi diorang cakap tak boleh sebab darah tu cukup untuk diri sendiri je.. Kecewa kot! Walaupun takut, Lyna tetap nak cuba. Tu lah antara ciri2 Lyna.. Penakut tapi mahu. Bila bab takut tapi mahu ni, ingat kat mak. Mak selalu marah Lyna tengok cerita hantu sebab tahu Lyna ni penakut yang amat... Hahaa XD. Bukan takat cerita hantu jer.. bab2 cucuk2 ni pun Lyna takut! Tapi sekarang Lyna tengah cuba untuk kurangkan dengan memberanikan diri macam hari ni lah... Tapi apakan daya... Tak lepas =,((. Tak pe, nanti nak makan banyak2 kasi lepas!! Nak jugak!!:))



Oh, ya.. Lyna bukan pergi sorang2 hari ni.. Tapi, pergi dengan empat orang kawan lagi. 3 yang nak derma darah tapi tiga2 tak lepas!! Sabar jela. Sorang sebab berat, sorang lagi sebab haemoglobin tak cukup. Yang lagi sorang lepas dah semua.. BP pun ok... vein pulak kecik sangat. Tersekat-sekat masa darah keluar sampaikan akhirnya tak mengalir. Kena banyak exercise menurut kata nurse. Huhu... Semua hampa.. Sampai pasang hajat nak pergi hospital lagi Khamis depan (sampil ponteng kuliah!) Hahahaa =P





Ha... Yang ni lah budak lepas semua kriteria penderma darah tetapi ada masalah vein pulak... Misi dan pembantu makmal sedang berusaha keluarkan darah.. Dyla banyak lemak ni... Tak nampak urat! Hahahaa XD







Lyna pulak tukang ambil gambar lah... dah tak lepas kan =,((






Betul.. betul.. betul... (merujuk pada keratan surat khabat di atas)




Apa pun.. yang seronoknya, untuk 21 tahun ni.. Lyna tak pernah tahu langsung darah Lyna jenis apa (teruk nak mampussss)! Haha... Hari ini disebabkan hajat nak derma darah, Lyna pun dapat tahu darah Lyna jenis O! Lyna belajar cara nak tahu jenis darah lagi. Pak cik (pembantu makmal) yang sangat peramah ajar. Walaupun waktu sekolah dulu pernah belajar, tapi masalah pelupa yang melampau2 ni menjadikan maklumat tadi macam informasi pertama baru dapat! Lyna tanya pak cik tuh macam berminat gila nak jadi pembantu makmal.. Haishhh... berangan lagi... Hik!






O - penderma darah universal!!



Lepas kecewa tu kan... Lyna pergi klinik gigi. Cek lah apa yang patut. Dan tujuan utamanya nak tanya pasal braces!! Salah satu hajat yang dah lama dipendam2. Tapi, dokter kata gigi Lyna tak de masalah pun. Siap ambil pembaris lagi ukur. Lawak2... Dokter tu cakap sekarang terpulang pada diri Lyna. Tahap kepuasan pada diri sendiri. Entahlah... Lyna nak... Tapi.... arghhh, mungkin terpaksa batalkan hasrat tu!! =,=




Kesimpulannya, hari ini Lyna ibarat buat lawatan sambil belajar di hospital!! Ke hulu ke hilir bz macam banyak sangat penyakit nya! Orang yang betul2 sakit pun tak macam tuh.. Hahaa... Tapi memang best lah. Dah lah hari pertama untuk sem ni tak pergi kuliah. Seronok rupanya! Baru tahu.... Hahahaaa XD







Lawatan sambil belajar yang menyeronokkan!! =))))






Kata Saya :: Nak letak antiseptip banyak2 pada hati yang luka!!! :))

3 Budak Pemurah Datang Komen:

Diya Edhayaa said...

aku tanda O kt bku kdtgn td utk korg b'4... heheh

Nizam said...

patot r xde kat kelas... haish mderma sambil memonteng ae... ahhaha

SnowQueen said...

kura:: pecah record aq!ahahaha

nizam::2 in one ah... =P


123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥