Put your trust in ALLAH ^^

SnowQueen | 1:59:00 PM | Thursday, October 18, 2012 |
Tadi... bosan-bosan aku baca lah blog orang lain. Sampaikan entry lama-lama pun aku boleh godeh sekali. Hah, kalau tak nampak lagi yang aku ni bosan tak tahu la kan. Haha haha... Salah satu blog yang sempat aku cuci mata blog si cantik manis.. Fatin Liyana. Dan... aku sangat suka salah satu ayat dalam blog dia ni... 

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " - Heba El-Haddad

Aku sangat-sangat suka ayat ni... Kalau tak faham bukak kamus ya. Sebab aku malas nak taip panjang-panjang. Kena faham yang aku ni nak update pun malas, apatah lagi nak tulis panjang berjela-jela. Haha haha. Renung-renungkan ^^

Kata Saya :: Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita mahukan, tetapi Dia bagi apa yang kita perlukan :))

Ratu Di Hatiku

SnowQueen | 1:35:00 AM | Sunday, October 14, 2012 |
Sejak-sejak cerita Adam Hawa tengah femes ni, aku dah mula jatuh cinta... bukan dekat Adam Mukris ya... Tapi salah satu lagu dalam cerita ni.. Ratu Di Hatiku. Berkaitan dengan lagu ni, aku tak lah suka dengan liriknya. Lagu ni kan ditujukan untuk wanita. Tak kan aku lesbian pulak kot nak tuju-tuju dekat perempuan. Haha. Nak tuju untuk mak pun lirik terang-terang tak sesuai. Cuma, aku sangat suka melodi lagu ini. Suka dengar muzik lagu ni. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu. Hehe. Tapi kan... kalau nanti dah kawen suami aku nyanyikan lagu ni untuk aku best jugak kan... Suara tak sedap tak pe asalkan ikhlas. Ehe, jangan geli-geli ya.. gurauan semata-mata :p

Ratu Di Hatiku - TRIAD
Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita 
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu

Kamulah ratu di dalam hatiku 
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku

Menjadi ratu di hatiku 
Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati

Takkan pernah ada wanita yang bisa 
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Kata Saya :: Aku hanya ingin menjadi ratu yang halal di hatimu

Belum cukup belum.

SnowQueen | 2:07:00 AM | Saturday, October 13, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Aku pernah mengalami situasi, di mana jawapannya sudah cukup jelas tetapi aku masih lagi betah untuk bertahan. Bagi mereka yang pernah mengalami situasi yang sama, itu tidak bermakna kita bodoh. Tetapi, kita sebenarnya belum betul-betul cukup terluka. Ya, kita cakap kita sakit, tetapi kita masih ada sisa kekuatan untuk menerima sakit yang lagi parah! Sabarlah duhai hati... Apabila kita betul-betul cukup terluka, kita sendiri akan berasa letih, letih yang amat sangat untuk melayan perasaan sendiri. Sampaikan tahap itu, kita hanya mampu tersenyum dan berkata, kuat rupanya diri ini pernah tempuhi semua itu :))



Reda (ejaan mengikut bahasa Melayu yang betul) lah pada maksudnya bukan pada namanya. Ramai yang mampu berkata saya reda terima semua itu tetapi hatinya masih merintih dengan penuh pengharapan. Sayang, andai kamu berterusan begitu, kamu hanya berdarahkan luka yang sedang menerima rawatan. Percayalah, Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita. Kecewa itu tidak salah, yang salah apabila kita kalah dengan kekecewaan itu.... :D








Kata Saya :: Jangan berharapkan bahagia pada hari esok andai tidak melepaskan derita hari ini ^^

Jadikan dia jodohku yang terbaik :D

SnowQueen | 12:19:00 AM | Friday, October 12, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…^^ "

~Shujaie Kamal~

 





Kata saya :: Menanti dengan penuh kesabaran..... Oh, sabar itu indah rupanya :D

Liar???

SnowQueen | 5:50:00 PM | Monday, July 9, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Kau cakap kau tak buat, tapi tak terkira banyak yang pernah kau lakukan. Siap ter"kantoi" lagi dengan sendirinya. Sayang, kalau nak menipu pun biar otak terletak pada paksinya, bukan letak di lutut! Tapi, lagi pelik dengan manusia bila dah ditipu kaw-kaw tetap lah tegar hatinya. Pencinta setia lah kononnya. Maaf?? Sekadar semudah a, b, c......


Amaran :: DON'T TRUST PEOPLE EASILY ^^ 








Kata Saya :: Jika kau tak mampu untuk berkata jujur, cukup sekadar kau tidak mereka-reka cerita....

Pengalaman seorang hyperhydrosis :))

SnowQueen | 9:38:00 PM | Thursday, May 31, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Sebelum nak berkongsi pengalaman kan... meh pakat baca ni dulu, hyperhydrosis  bagi mereka yang tidak tahu.



Saya dah lalui ni lama dah... tempat yang hypernya ialah kedua-dua tapak tangan dan tapak kaki. Sejak sekolah rendah lagi... atau mungkin sebelum tadika lagi (tak berapa nak ingat). Tapi sebab tak tahu ada cara nak pulihkan jadi buat tak tahu jela walaupun sebenarnya mengganggu aktiviti seharian. Sehinggalah sewaktu ingin menderma darah, pembantu makmal pada ketika itu menyarankan saya agar meminta surat rujuk untuk kes seperti ini.


Pada mulanya saya pergi keHospital Lipis. Dekat Hospital Lipi tu memang tak de rawatan apa pun, sekadar borak-borak kosong dengan dokter je. he3... Tapi...... prosedure nak dapat surat rujuk punyalah lama..... Mula-mula ambil darah, dan pihak hospital kata akan call dalam masa 3 bulan. Penuh kesabaran ni tunggu, tapi sampai nak masuk 4 bulan apa-apa call pun tak de. Akhirnya, saya pergi semula ke hospital tu. Agaknya disebabkan rasa serba salah, hanya dalam dua tiga hari siap pun surat rujuk yang selama ni asyik tertunggu-tunggu. Alahai, boleh je cepat sebenarnya. Pada mulanya, saya sepatutnya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Tapi, memandangkan mak dan abah bekerja, saya cuba adjust hospital yang lebih mudah dan dekat. Akhirnya hospital beri kata putus tempat rujuk saya ialah Hospital Serdang.


Dalam hati, nak tunggu surat rujuk pun lama.... ni kan pula rawatan susulan. Ya lah... hospital besar kan, kerajaan pula tu. Tapi, sangkaan saya salah. Pada appoinment pertama, 10 Mei 2011, saya berjumpa dokter pakar yang merawat saya, Dr. Annand dan m.o yang membantunya Dr. Amirul. Dua-dua hensem dan baik pulak tu. ha3... Dr. Annand awal-awal sudah maklumkan tiada rawatan lain melainkan menjalankan operation dan jika ikut beliau minggu depan dari tarih appoinment terus nak buat operation. Memandangkan 14 Mei saya akan menjalani peperiksaan akhir semester, makanya saya request tarikh 28 Mei untuk admit ward, seterusnya menjalani pembedahan,.


Ahaa.... nak tunggu sampai 28hb tu memang tak rasa apa-apa lah.. Lagi-lagi sibuk dengan peperiksaan. Tapiiiii, jejak je kaki ke hospital, debaran memang terasa. Klinik saya pula klinik jantung. Bila naik wad, pesakit-pesakit lain semuanya sakit, tak macam saya segar bugar. He2... Tengok keadaan pesakit, makin terasa debaran di hati.


Hari pertama duduk dalam wad tak de apa sangat nak buat. Sampaikan boleh lagi snap2 gambar  dalam wad... Nak tengok?? Ha.. ni gambarnya. Ha3...




Nampak sangat muka sihat. Siap bunga-bunga lagi tudung. ha3




Lepas tu, Dr. Amirul ambil darah dekat nadi. Sesiapa yang nak operate akan diambil darah dekat nadi. First time ambil, bapakkk laa sakitnya, automatik tangan bengkak. Patutlah doc berulang-ulang kali cakap... sakit sikit ni, sakit sikit ni. Haha. Memang sakit pun. Jauh beza sakit dengan derma darah (bagi saya lah). Lepas tu x-ray dada, tanda tangan surat persetujuan pembedahan dan bius, dan prosedure-prosedure biasa seperti ambil tekanan darah dan lain-lain.


Operation akan dijalankan pada pukul 3 petang keesokan harinya. Pukul 12 malam dah kena bermula puasa sehingga lah sampai waktu operation (untuk elak muntah apabila dibius). Rupa-rupanya nak operation banyak sangat prosedure yang kena lalui. Kita dengan nurse ni memang kena tebal muka lah. Malam-malam dah sapu iodine dan akohol dekat badan (elak bakteria). Pukul 5 pagi dah pakai baju nak pergi dewan bedah dah. Padahal bedahnya petang nanti. Macam gaun witch pun ada gak sekali tengok. ha3.


Nak tunggu masa kena operate tu, hanya Allah ke tahu perasaan ni. Segala keberanian sebelum ni hilang macam tu je.... Sedang berborak-borak dengan mak abah dan tunggu cik abang sampai, tiba-tiba m.a dan seorang nurse sampai dengan katil beroda. Alamak... tak sangka akan seawal tu mereka datang jemput. Siap bagi ubat hilangkan rasa debar lagi. Tapi masa tu, ubat pun tak berkesan. Mak dan abah iringi ke dewan bedah.




Selesai je adegan cium pelok dengan mak dan abah, saya terus dibawa ke dalam satu bilik khas. Di bilik tu macam-macam wayar disambungkan ke badan. Tangan ni ditebuk sampai 4, dengan oksigen lagi... Fuh...badan sampai terketar-ketar jadinya. Masa tu nak je cakap... saya tak jadi nak operate. Saya rela berpeluh berbaldi-baldi pun. Hahaha... Tapi dah terlambat. Wirering je ada lah dalam setengah jam. Selepas tu barulah dibawa masuk dalam bilik bedah. Mata masa tu terkelip-kelip pandang orang ramai, pandang mesin-mesin, lampu-lampu, pisau-pisau.... Dalam masa yang sama, mulut tak henti-henti selawat... Takutnya bukan kemain. Sampai satu ketika, serius tak sedar bila masa pengsan dalam masa sibuk memerhati macam rusa masuk kampung... Ngeh3...


Sedar-sedar je... dengar sayup orang paksa bangun... Ruslina bangun... bangun, bangun... Macam paksaan betul lah. Bila bangun, perghhh dada memang sakit yang amat + sesak nafas. Kiranya sakit satu badan. Wayar depan belakang. Oksigen tiap masa. Masa tu dah pindah wad dah. Mak pun tak boleh teman macam wad biasa. Seperti rasa menyesal jugak lah tak sakit cari penyakit. he3...




Ni tag tangan kedua selepas operation. Yang beza dengan tag tangan yang pertama cuma wad sahaja. Wad pertama wad 6F.




Keesokan harinya dah dapat keluar wad disebabkan katil semua full dan hospital nak terima kes lain. Keadaan saya pun dah stable walaupun masih lemah. 8 Jun nanti  baru pergi hospital tu semula untuk buka jahitan.



 Buku appoinment :))




Melalui pengalaman sendiri la, saya ingin nasihatkan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama (hyperhydrosis), kalau rasa benda tu belum tahap serius, sekadar peluh sikit-sikit tak perlu buat operation tu. Dah nama pun operation, walaupun tak seserius macam jantung, misalnya, yang akan ditidurkan sehingga dua hari, dijaga rapi dan risiko lebih tinggi, namun operation seperti ini tetap ada risiko. Contohnya, risiko untuk pembedahan seperti pendarahan, infection, koyakan besar dan lain-lain. Risiko bius pula, muntah-muntah, tersedar  semasa pembedahan, gigi tercabut, kekejangan, stroke dan lain-lain (walaupun sangat jarang berlaku). Walaupun operation hanya memakan masa satu jam lebih, namun kesakitannya tetap terasa.  Tapi, kalau rasa masalah ini sememangnya mengganggu aktiviti seharian boleh lah mencuba. Memang berkesan walaupun peluh akan keluar ke tempat lain seperti belakang badan. Apa-apa pun yang penting berbincanglah dengan ibu bapa kerana apa-apa pun keputusan kita, kita kena fikirkan kos perjalanan, jadual kerja ibu bapa dan sebagainya.


Sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit cuma :))







Kata saya :: Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

Perpisahan ini.

SnowQueen | 10:14:00 PM | Friday, April 13, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Bila hanya mengajar satu kelas.... dan hari-hari kena masuk kelas yang sama sehinggakan rasa terlalu dekat dengan mereka... dan apabila perpisahan memanggil, maka perpisahan itu perpisahan yang terlalu berat untuk diluahkan...... =,((
With <3 , Cikgu Lyna



Diorang ni walaupun nakal tapi sangat sweetttt..... Sampai menitis jugak lah air mata ni nak tinggalkan mereka... Going miss them damn much!!!


Dari kiri (atas) :: Amin, Ashraf, Adam
Dari kiri (bawah) ::Syahirah, Tengku & Sufina
:))



Dari kiri (atas) :: Affiq, Muaz, Faiz

Dari kiri (bawah) :: Taufiq, Suhaida, Atie

:))



Oke, kat atas sekali tu candid yang sangat horrer! Tapi disebabkan dengan anak bilik kan jadi upload jugak lah... haha.. Tak sangka budak-budak ni pun ada bagi hadiah. Untuk pertama kali dapat. *Terharu =.="



With gigirl..... <3




Sangat, sangat dan sangatttttt terharu!!!!





Praktikum fasa 1 ni memang besttt! Bersyukur sangat-sangat sekolah ni bagi kerjasama yang baik dan sebulan berada di sini rasa terlalu pantas berlalu. Kalau diberi peluang mahu meluangkan masa dengan mereka sedetik lebih lagi =,((


Berdoa agar praktikum akan datang jika tak dapat lebih baik daripada sekolah ni, cukuplah sekadar sama seperti sekolah ni ;)


Oh, tidak dilupakan .... pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan praktikum yang lain pun terbaiklah! Pendek cerita, untuk fasa 1 ni segala urusan dipermudahkanNya.... Alhamdulillah :D






Kata Saya :: Adat bertemu pasti akan ada perpisahan... Semoga perpisahan kita dalam rahmatNya.... ^^

TERfeeling kejap ^^

SnowQueen | 8:26:00 PM | Monday, January 2, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t



Okay, aku sangat lah banyak masa nak-nak lagi masa orang lain sedang sibuk memunggah barang aku boleh lagi tengok movie (Astro First jer). Huhu. Pada mulanya, aku nak download je cerita Ombak Rindu tu, tapi mak aku pemurah lah pulak. Katanya notebook aku tuh tengok Aaron Aziz macam semut. Aku macam "hah??" masa aku cakap macam tu. Tak pe lah layan jelah. Mak nak manja-manja dengan aku kot tengok movie sama-sama sebelum aku balik maktab. Hik3 :))



Kesimpulan daripada cerita tu, aku dengan poyo nak bagitahu memang aku menangis masa tengok cerita tu (pengakuan berani mati :PP). Padahal cerita dongeng je pun. Bukan sebab cerita tu macam sweet2 je kan ... Tapi mungkin sebab aku pandang watak Izzah tu yang aku rasa aku tak kan mampu setabah tu. Ya, aku tak mampu ....



Kalau tengok cerita ending selalu nak good2 jer kan. Realiti sebenar, takdir manusia berbeza-beza. Sepanjang sebulan lebih aku cuti ni, aku dapati sesuatu perkara walau hanya melihat kita dapat rasa bahagianya dan walau hanya memandang kita boleh rasa deritanya sebab lain orang lain ceritanya. Aku belajar banyak perkara dalam sebulan ni. Dalam banyak-banyak semester, ini kali pertama kali aku rasa cuti aku sangat pantas berlalu. Okay lah, masa untuk mengemas. Semoga dipermudah segala urusanku di sana. Amin....



Jap .. jap .. sebelum tu silalah jamu mata dengan gambar budak kiut ni. Aku letak gambar kesayangan aku ni sebab dalam banyak-banyak orang, dialah orang yang paling banyak aku luangkan masa cuti ni. Mak su rindu Akif sangat-sangat =,((





Kata Saya :: Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang untuk melihat dan memandang semua itu :))

123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥