(◕‿-✿) Believe It or Not (◕‿-✿)

SnowQueen | 9:57:00 PM | Monday, February 28, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t...









Percaya atau tidak manusia mempunyai perangai pelik dan ajaib yang kadang-kadang sehingga menjadi habit! Ada sesetengah perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah, tapi ada juga yang tidak begitu elok untuk tontonan ramai dan mendatangkan kesan ala-ala negatif gitu.. Hik!
Kadang-kadang kita x sedar pun tu dah menjadi habit kita. Tak kesah lah, selagi x menyusahkan orang, blasah jela kan... Hehehee...




Percaya atau tidak yang bahawasanya Lyna...




1. Suka main teka teki!! Dan bagi Lyna sendiri... teka teki ni boleh rapatkan hubungan persaudaraan... Contohnya, Lyna rapat dengan kakak-kakak senior dekat sini pun disebabkan teka teki. Diorang kadang-kadang letih layan kerenah Lyna ni.. Hehehe.... Tu yang sayang diorang lebih tu. =D Tapi kan.... Lyna suka soal je... Jawab fail!! =P




2. Cium kucing! Selalu kena marah dengan mak... Huhuhu.. Nak wat macam mana dari kecik memang suka kucing. Tak baik untuk kesihatan pun buat jugak.. Untung korunk taw wahai kucing2 sekalian. Haha!






Malu-malu pulak kucing ni... kata jela suka kan... Hahahaa!!




3. Makan ais. Hehe... Lyna ni sangatlah suka minum air. Kalau minum air tu kadang-kadang sampai x cukup. Pas tu mulalah ambil ais makan. Tak elok langsung perangai. Haha.. Tapi best woo.. Kruk kruk bunyi ais hancur... Haha!




4. Lagi satu habit Lyna time minum.. Gigit straw!! Walaupun agak tidak elok habit ni. Tapi ok ape...at least straw tu x de lah orang kedai recycle balik kan.. Ha3 (pandai x bagi alasan??hik!)




5. Lyna jugak suka cium bau minyak cap kapak! Terberjangkit dengan kakak lah ni... Best!! Rasa segar. Ada tu Lyna mengantuk tapi perlu berjaga, Lyna letak lah minyap cap kapak tu dekat mata!! Memang best lah. Nescafe pun kalah. Hahahhaaa... Tapi sekarang dah jarang dah. Kena marah kan.. Jadi, tak buat dah. Hehehee :)




6. Makan wajib ada kuah!! Lyna jenis makan memang kena ada kuah. Biar tak de lauk lagi, janji ada kuah.. Nak2 lagi kuah masak merah atau masak kicap... Berseleralah hendaknya!! =D




7. Tidur menghala ke kanan. Habit yang ni rasanya mak dengan rumet Lyna je tau... Tapi tidaklah maknanya kaku ke kanan je, tak gerak2 dah.. Haha. Cuma keutamaan menghala ke kanan lah. Dan Lyna juga pernah terbaca fakta bahawa tidur menghala ke kanan baik untuk jantung. Wallahualam~



8. Menulis!! Bila bosan ke sedih ke atau apa2 berkaitan dengan jiwa ni Lyna memang suka menulis. Tak tahulah kenapa. Dan sekarang diari menjadi teman baik Lyna :)



9. Tekan minyak sampai jumpa kereta lain di depan! Jangan main-main.. Lyna ni tak de lah lembut sangat ok! Otai jugak atas jalan raya. Haha! Tapi, Lyna tak terer dalam memotong. Maksudnya memotong yang rapat yang kena cilup2 tu. Tengah cuba tingkatkan prestasi.. Mwahahaa~




10. Berangan! Tak habis-habis.. Pagi, petang, malam berangan je tau.... Yela, ada tu nak dapat mustahil kan... Jadi, berangan jela buat-buat dah dapat. Keh keh keh =P




Banyak lagi sebenarnya habit Lyna. Ada tu bila orang tegur barulah perasan. Yang atas ni antara yang Lyna selalu buatlah. Jangan contohi ye kalau yang tak elok tu.. Hik! Apa pun inilah diri Lyna yang mungkin ada yang tidak tahu. Hehe ^^






Kata Saya :: Percaya atau tidak, kadang-kadang orang lain lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri =)))))

2 Budak Pemurah Datang Komen:

♥ 미스 kiera ♥ said...

Kata Saya :: Percaya atau tidak, kadang-kadang orang lain lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri =)))))



hehe.

SnowQueen said...

ececeee...
sape yg hok paham k.et tuh??
jeng jeng =P


123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥