Kenapa tiba-tiba sombong ni???

SnowQueen | 7:04:00 PM | Wednesday, February 16, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Err...
kawan, kenapa kau tiba-tiba sombong??
baru ni, bila aku down...
tanpa aku sedar, kau telah buat macam-macam kecindan separa bodoh dekat aku
buat aku alpa sebantar dengan masalah aku
tapi, tiba-tiba aku rasa kau dingin
aku ada buat salah ke???
*wondering




-----------------------------------------------------------------




Begitulah lumrah dalam kehidupan
sedangkah lidah lagi tergigit
lagikan pula kesalahan sekecil zarah itu
yang adakalanya kita tak sengaja melakukannya


okay, kat bawah ni Lyna nak kongsi sedikit tips persahabatan.. Pada mulanya, Lyna ingat nak search internet je.. lepas tu tiba-tiba terfikir kenapa tak mengikut pengalaman sendiri je...he..tapi, mungkin cara kita berbeza. Ini pendapat Lyna. Rambut sahaja sama hitam (walaupun ada jugak yang rambut karat.hik!) tapi hati lain-lain kan... Jadi, Lyna sekadar berkongsi apa yang Lyna rasa..hik! =D



::SIFAT::
Rasanya yang ini tak payah lah Lyna nak membebel banyak kan... Semua nak kawan yang baik, nak yang boleh membimbing, nak yang caring, nak yang ikhlas , nak yang itu, nak yang ini... Sesungguhnya lumrah manusia nak yang 'cantik' dalamannya. Apa yang penting, jangan berharap kawan kita sahaja jadi macam apa yang kita mahu, tapi cuba kita juga jadi seperti mana kita mahu orang lain jadi seperti kita mahu!(pening da ayat..hehe). Lyna sendiri rasa payah... Nak ubah sememangnya susah.. Nak-nak lagi sesuatu menjurus kebaikan.. Tapi tak salah kalau kita cuba, kan? (:



::SUKA dan DUKA::

"Kita kawan selamanya, suka dan duka =D" Begitulah yang sepatutnya dalam sesebuah persahabatan. Seorang rakan yang baik, masa gembira dia ada, masa duka apatahlah lagi...





::FAHAM::

Kadang-kadang bila rakan kita mood dia swing sikit.. Mulalah berperangai menyakitkan hati.. Tak perlulah Lyna terangkan masing-masing mesti pernah ada pengalaman ni kan. Lyna sendiri pun pernah je macam ni. Bila mood tak baik, ada pulak yang jadi mangsa. Mintak maaf lah ye..huhuhuu.. Sebagai kawan, yang penting kita jangan salah faham apabila kawan kita buat perangai macam tu. Seeloknya, bila mood rakan kita tidak lagi dalam keadaan kritikal, kita cuba slow talk dan bawa berbincang andai kata perkara itu menjejaskan perhubungan persabahatan.





::ELAKKAN::
Elak, elak, elak... Yang sedikit itulah kadang-kadang menjadi minyak yang membakar sesebuah persahabatan!! Mari kita lihat apa yang perlu dielak...


Elak mendesak kawan. Kalau dia kata tak nak, maknanya dia memang maksudkan dia tak nak, tak mahu, tak ingin dan seangkatan dengannya. Walaupun ada ketikanya tak semua yang dia buat betul, tapi sekurang-kurangnya bagi dia ruang dan masa. Jangan terus mendesak dia.


Elakkan memerli kawan. Perli ni ada dua situasi, iaitu yang pertama perli yang sekadar gurauan dan yang kedua perli yang sampai terasa sehingga meniaraplah seluruh badan ni kan... Kita kadang-kadang dianugerahkah naluri, atau instinct semulajadi. Kita boleh detect lah jenis apa keperlian itu. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa lidah yang tak bertulang itulah adakalanya menjadi penyebab besar pergaduhan.


Elakkan menjaga tepi kain orang lain. Adakalanya situasi kita berbeza. Kehidupan kita berbeza. Cara kita berbeza. Kalau tanya demi kebaikan, nak membantu tak pe. Tapi, kalau tanya untuk dijadikan 'topik hangat' di belakang, lupakan sahaja. Tak baik tau, Tuhan marah!! =P


Elakkan sesuatu yang boleh terus mengikis kepercayaan kawan kita seperti mencuri, tak pandai simpan rahsia, talam dua muka dan apa-apa yang negatif lah.


Elakkan mengambil kesempatan ke atas kawan. Kalaulah dia baik, kaya, bendul (blurr), cantik sekalipun, jangan jadikan semua itu alasan untuk kita mengambil kesempatan. Nawaitu kita tu kena sentiasa pada landasan yang betul!


Elakkan memilih kawan. Kat sini bukanlah Lyna suruh readers sekalian kawan dengan penagih dadah ke perompak ke kan... Tapi maksud Lyna, kawanlah seseorang dengan atas apa dirinya. Jangan terlalu mencari kesempurnaan.




Sebenarnya banyak lagi tips lain. Tapi, masa agak mencemburui kita.. Ecehhh!! Lyna malam ni mahu bagi support pada kawan-kawan yang menjayakan teater 3 Tun! Sebarang kritikan dan penambahan mengenai tips persahabatan ini dialu-alukan =D




P/S :
: Kepada kawan-kawan Lyna, dari kecil sampai sekarang, Lyna nak mintak maaf secara terbuka ni...hehehe... Minta maaf bagi segala kesalahan Lyna. Mungkin terbuat yang di atas ini dalam tidak sedar, Lyna mintak maaf. Lyna juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sabar dengan Lyna. Lyna tahu kadang-kadang kesabaran korunk tercabar jugak kan dengan Lyna ni..hik! Mungkin ada yang tak tahu Lyna ni perahsia. Jadi bila banyak simpan macam-macam dalam hati ni, mulalah angin serba tak kena. Terima kasih atas kesabaran semua. LOVE YOU ALL ♥ ♥ ♥






Saya nak awak jadi pelengkap hidup saya!! (^_~)






Kata Saya :: Maaf itu lebih mahal berbanding takhta, darjat dan harta yang dimiliki kerana mampu merendahkan ego yang tinggi, melembutkan hati yang keras dan menjernihkan segala yang keruh =D

5 Budak Pemurah Datang Komen:

yieyaw said...

nice!! :)

WaNnY said...

weh, jom join~

http://noonejustme.blogspot.com/2011/02/contest-si-manis-berbaju-kurung.html

hihi~~~

SnowQueen said...

yieyaw::thanx (:

wanny>>mmg aq pernah kene tag pown..nk join...tnggu mase jer..hehe

student said...

nice entry..enak dibaca..:)

SnowQueen said...

tq sudi bace..he... (:

♥ Jalan Cinta ♥