Shhh....rahsia ok!

SnowQueen | 5:34:00 PM | Thursday, February 24, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t











Semua orang ada rahsia.. Tipulah kalau xde kan... Kalau Lyna sendiri pun seorang yang perahsia.. Betul, Lyna nak cerita sesuatu tu kadang2 berat sangat.. Kawan-kawan tanyalah apa2, Lyna senyap je kadang2 tu.. hik! Bagi Lyna ada baik dan ada buruknya jadi perahsia ni... Kadang-kadang kita cerita berjela-jela kat orang pun, orang x paham... Jadi bahan kat belakang lagi ada lah.. dan kadang-kadang jugak, kita perlukan seseorang untuk dengar luahan hati kita.. mungkin boleh buat kita rasa lebih lega, relax dan ada tempat nak kongsi rahsia. Tak kiralah situasi yang mana, yang penting kita kena pandai cari orang yang betul-betul boleh memahami dan mendengar luahan kita. Jangan tersalah pilih, riuh pulak sekampung nanti.. He! Bagaimana pula cara readers sekalian berkongsi rahsia dan luahan hati????




Kadang-kadang melalui penulisan pun seronok untuk lepaskan sesuatu yang kita rasa. Lyna kadang-kadang tak sedar yang Lyna tulis apa yang Lyna rasa. Contoh yang senang lah kan, masa lecturer mengajar tiba-tiba tangan ni gatal conteng perkataan bosan! Hahahaa... nakal sungguh, kan... Tapi, itulah hakikat. Kadang-kadang yang terlintas itu lah tertulis tanpa kita sedar. Tak peliklah ada orang menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Blog dalam menzahirkan apa yang mereka rasa. Tapi, awas jangan sampai keterlaluan. Ingat yang baca itu beribu-ribu pasang mata. Kadang-kadang terlalu tinggi nafsu menulis pun boleh membawa padah.. Tengok sendiri lah berapa ramai yang bergaduh disebabkan laman-laman seperti ini... Hasihh.. Macam-macam kan.. Lyna sendiri pun pernah jadi tak matang macam ni.. Bila mood swing kan.. mula nak post macam-macam. Niat di hati sebenarnya bukan mahu meraih kejelekan orang lain, tetapi lebih mahu menjurus kepada orang yang dimaksudkan itu.. kot-kot dia stalk page kita kan.. Haha.. Tapi, bila fikir-fikir balik... x matang nya lah buat macam tu.. Sekarang Lyna lebih berhati-hati sebelum menulis, cuma kadang-kadang terlepas pandang juga hal-hal macam ni =,=




Diari juga boleh dijadikan tempat luahan terbaik! Dulu masa sekolah Lyna pernah tulis diari. Bila baca zaman sekarang ni lawak je rasa. Ada nama yang sampai Lyna dah tak kenal sekarang bila baca balik. He... Sekarang Lyna tak de diari pun. Baru-baru ni pernah terlintas nak beli. Tapi entahlah, mungkin disebabkan kerja yang wajib siap pun terkejar-kejar masa nak buat, ni kan pulak nak tulis diari ni... Lyna agak bz lah sem ni.. Tidur pun lewat je selalu. Tak de masa nak dating dengan diari! Hehehee... Tapi, teringin jugak, coming soon kot.. Hik!




Kadang-kadang rakan yang rapat, ahli keluarga sendiri pun tak dapat jadi tempat mengadu kita. Bukan disebabkan ketidakpercayaan kepada mereka, tapi mungkin rasa malu untuk berhadapan dengan mereka selepas kita ceritakan kisah kita tu. Apa yang penting, tak kiralah apa jua cara kita mengadu hati, jangan pernah lupa Allah itu ada, Maha mendengar setiap luahan kita... Sebaik-baik tempat mengadu hanyalah padaNya. Panjatkan doa dan jangan mudah putus asa.. =D





Kata Saya :: Yang didengar, dilihat, dirasa hari ini akan menjadi kenangan pada hari akan datang =D

0 Budak Pemurah Datang Komen:


123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥