Belum cukup belum.

SnowQueen | 2:07:00 AM | Saturday, October 13, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t


Aku pernah mengalami situasi, di mana jawapannya sudah cukup jelas tetapi aku masih lagi betah untuk bertahan. Bagi mereka yang pernah mengalami situasi yang sama, itu tidak bermakna kita bodoh. Tetapi, kita sebenarnya belum betul-betul cukup terluka. Ya, kita cakap kita sakit, tetapi kita masih ada sisa kekuatan untuk menerima sakit yang lagi parah! Sabarlah duhai hati... Apabila kita betul-betul cukup terluka, kita sendiri akan berasa letih, letih yang amat sangat untuk melayan perasaan sendiri. Sampaikan tahap itu, kita hanya mampu tersenyum dan berkata, kuat rupanya diri ini pernah tempuhi semua itu :))



Reda (ejaan mengikut bahasa Melayu yang betul) lah pada maksudnya bukan pada namanya. Ramai yang mampu berkata saya reda terima semua itu tetapi hatinya masih merintih dengan penuh pengharapan. Sayang, andai kamu berterusan begitu, kamu hanya berdarahkan luka yang sedang menerima rawatan. Percayalah, Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita. Kecewa itu tidak salah, yang salah apabila kita kalah dengan kekecewaan itu.... :D








Kata Saya :: Jangan berharapkan bahagia pada hari esok andai tidak melepaskan derita hari ini ^^

7 Budak Pemurah Datang Komen:

Nurmujahidah Ismail said...

saya lemah,, and memang tak rasa nak terima luka,, and akan get rid of the pembuat luka immediately,, as fast as i can,, :D

Nurmujahidah Ismail said...

saya lemah,, and memang tak rasa nak terima luka,, and akan get rid of the pembuat luka immediately,, as fast as i can,, :D

SnowQueen said...

hehe.. comel! apa2 pun be strong dear ^^

ahsfantasy24 said...

saya cuma nak kamu bahagia,
tapi kalau derita itu perlu untuk buat kamu buka mana, it's okay (:

puterahangnadim said...

Kecewa itu tidak salah, yang salah apabila kita kalah dengan kekecewaan itu....

SnowQueen said...

ahsfantasy24 :: buka mana tu gapo sayae?? he2.. saya selalu bahagia apabila kamu sentiasa di sisi :D


puterahangnadim :: yup... jgn pernah kalah. tunjukkan kita boleh! :P

ahsfantasy24 said...

mata*
hehe di sisi selama beberapa mingu lagi (:

♥ Jalan Cinta ♥