Kalaulah kita letak diri kita kat tempat orang tu ....

SnowQueen | 3:48:00 PM | Friday, June 17, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t










Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah realiti kehidupan yang terkadang terkena pada batang hidung kita sendiri kan ... Macam cerita Anissa yang sedang rancak ditayangkan di TV 3 setiap Selasa - Khamis jam 10.30 p.m, terdetik di hati Lyna dalam baik manusia, ada jahatnya ... dalam jahat manusia ada jugak baiknya ... Macam-macam .....




Secara ringkasnya, cerita Anissa ni mengisahkan empat tonggak utama yang berkawan baik menerajui sebuah syarikat. Yang ni Lyna tak nak cerita. Siapa yang berminat tontonlah sendiri mengikut waktu yang telah dinyatakan tadi. Yang Lyna nak kongsi bersama readers semua mengenai musuh dalam selimut . Dalam cerita ni, Anna (Fyza) berkahwin dengan Farid (Zamarul) tetapi mempunyai masalah untuk mengandung. Masalah ini menyebabkan Farid berkahwin dua dengan kawan baik Anna sendiri , Balqis (Rozita Che Wan) tanpa pengetahuan Anna. Balqis pula mempunyai skandal dengan Kamal (Eizlan Yusof) bagi menutup rahsia perkahwinannya.




Bayangkan setiap kali bergaduh Anna ni akan cari Balqis kerana bagi dia Balqis orang yang sangat dipercayai. Soal jodoh, hal berkahwin dua belakang punya cerita, yang Lyna dok terfikir-fikir kalaulah dalam realiti ada kisah macam ni, tak ke tergamaknya kawan baik sendiri ambil suami orang. Bagi Lyna biarlah kita tak dapat apa yang kita mahukan asalkan kita sedar kedudukan kita masa tu dan paling penting harga sebuah persahabatan yang banyak berjasa tu lagi penting.




Tapi, tulah .... kita tak de kat tempat mereka. Jadi, kita boleh lah cakap kita tak kan buat macam tu kan ......... Apa yang penting, sebelum kita buat sesuatu tuh kita kena fikir kalaulah kita berada di tempat orang tu ... Agak2 kuat ke kita neh ?? Kalau rasa jawapan lebih kepada tak, macam tu lah jugak orang lain rasa .... *mungkinlah ......







Kata Saya :: Nak memahami sesuatu keadaan itu adakalanya teramat rumit ....

4 Budak Pemurah Datang Komen:

Mun said...

hmm..ape yg jd semua bersebab kn..

SnowQueen said...

btl tu ... kdg2 kte kene blaja utk redha :))

misz athiqah said...

pergh!!!!...dikhianati kawan baik sdri???...mak aih...rasanyer xpunyer cukup ksabaran untk mnahan diri dari mbunuh rakan tsebut..huhu..perempuan boleh bkongsi segalanyer tapi bukan suami....

salam..jenguk jengah di sni..=)

SnowQueen said...

haha ... lawak laa ayat kak tiqah yang x dpt menahan dr membunuh rakan tuh :PP ... lawak jep .. hikhik


123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥