Assalamualaikum w.b.t
Ya ALLAH, terkadang aku terlalu mengharapkan sesuatu mengikut perancanganku, sehinggakan aku alpa bahawa rencanamu ialah sebaik-baik perancangan. Ya ALLAH, terkadang aku kalah dengan ujian-Mu sedangkan itu merupakan tanda kasih-Mu. Ya ALLAH, terkadang aku memilih untuk menyepi ketika jatuh, sedangkan aku sentiasa memiliki-MU yang sentiasa setia bersamaku. Ya ALLAH, terkadang aku lalai dalam mengingati-Mu, sedangkan rahmat-Mu mendahului kemurkaan-Mu.........
Kata Saya : Apa yang pahit itu belum tentu racun, apa yang manis itu belum tentu madu.....