TERfeeling kejap ^^

SnowQueen | 8:26:00 PM | Monday, January 2, 2012 |
Assalamualaikum w.b.t



Okay, aku sangat lah banyak masa nak-nak lagi masa orang lain sedang sibuk memunggah barang aku boleh lagi tengok movie (Astro First jer). Huhu. Pada mulanya, aku nak download je cerita Ombak Rindu tu, tapi mak aku pemurah lah pulak. Katanya notebook aku tuh tengok Aaron Aziz macam semut. Aku macam "hah??" masa aku cakap macam tu. Tak pe lah layan jelah. Mak nak manja-manja dengan aku kot tengok movie sama-sama sebelum aku balik maktab. Hik3 :))



Kesimpulan daripada cerita tu, aku dengan poyo nak bagitahu memang aku menangis masa tengok cerita tu (pengakuan berani mati :PP). Padahal cerita dongeng je pun. Bukan sebab cerita tu macam sweet2 je kan ... Tapi mungkin sebab aku pandang watak Izzah tu yang aku rasa aku tak kan mampu setabah tu. Ya, aku tak mampu ....



Kalau tengok cerita ending selalu nak good2 jer kan. Realiti sebenar, takdir manusia berbeza-beza. Sepanjang sebulan lebih aku cuti ni, aku dapati sesuatu perkara walau hanya melihat kita dapat rasa bahagianya dan walau hanya memandang kita boleh rasa deritanya sebab lain orang lain ceritanya. Aku belajar banyak perkara dalam sebulan ni. Dalam banyak-banyak semester, ini kali pertama kali aku rasa cuti aku sangat pantas berlalu. Okay lah, masa untuk mengemas. Semoga dipermudah segala urusanku di sana. Amin....



Jap .. jap .. sebelum tu silalah jamu mata dengan gambar budak kiut ni. Aku letak gambar kesayangan aku ni sebab dalam banyak-banyak orang, dialah orang yang paling banyak aku luangkan masa cuti ni. Mak su rindu Akif sangat-sangat =,((





Kata Saya :: Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang untuk melihat dan memandang semua itu :))

123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥