Kita tahu tapi kita buat =.="

SnowQueen | 10:26:00 PM | Wednesday, August 10, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Kita tahu itu salah, kita sedar itu tak betul, malah kita faham itu dosa, sedangkan sebesar-besar dosa adalah apabila kita rasa berdosa ketika melakukannya . Emmm, dan lebih malang lagi aku lah antara kita itu .... =,((




Kadang-kadang dekat fb terasa diri ni nak post perihal Islamic, tapi menyedari diri ni serba kekurangan, tudung tak labuh, ilmu tak banyak, perbuatan masih banyak celanya, terasa malu dan teramat malu untuk lakukan sedemikian . Terasa juga mulut orang akan kutuk di belakang . Sedar akan kekurangan ini, aku tewas dengan perasaan rendah diri ini .



Pernah terfikir, bilalah diri ni nak berubah, dalam erti kata lain menjadi muslimah sebenar. Bukan sekadar pakai tudung, solat 5 waktu sehari, puasa cukup ! Tapi, pakai tudung dengan cara menutup aurat yang betul, solat dan puasa yang sempurna . Emm ... walau orang kata nak seribu daya , tapi bagi aku tak semudah itu ..... Orang yang sudah dapat hidayah, atau dah lahiriahnya memiliki sekeping hati yang tulus , mungkin anggap perkara ini mudah. Tapi, bagi orang yang tak sebaik macam aku anggap perkara ni susah. Allah, banyak malah terlalu banyak dosaku padaMu .......



Orang akan kata dah tahu banyak dosa tu berubah lah, tapi aku nak cakap bukan aku tak pernah fikir semua tu tapi untuk lakukan semua tu juga bukan sesuatu yang mudah dan untuk menjelaskan hal ini terlalu rumit bagi aku . Seperti kata seorang rakan .... time will tell then~~ Yes, i wish ........




Andai bisa ku mengulang, waktu hilang dan terbuang .... Andai bisa perbaiki segala yang terjadi ... Tapi waktu tak berhenti , tapi detik tak kembali ... Harap ampunkan hambaMu ini .... -Opick












Kata Saya :: Aku cuba intai masa hadapan, ingin lihat apa yang bakal terjadi . Tapi masa berkata padaku, tak perlu diintai kerana aku sendiri yang menentukan apa yang akan terjadi itu ....



Bertandang kembali :))

SnowQueen | 6:33:00 PM | Monday, August 1, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Wah wah wah .... Lama bebenar ni tak ziarah blog sendiri . Bulan puasa ni lagi lah nak puasa berfesbuk dan berblog jugak ... Hehe ...

Tak tahu nak membebel apa sebenarnya . Yelah, bulan puasa kan kena kurangkan bercakap Kata orang semakin banyak kita bercakap , semakin banyak lah dosa-dosa yang tak sengaja dihimpun bersama. Hehe ... Cuma, sekadar ingin berkongsi beberapa ayat untuk tatapan mata sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini ....








Dari Abu Hurairah R.A., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: ".. Orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasa ia berbuka puasa dan kedua semasa ia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Sebagai tanda syukur akan nikmat Allah dan limpah kurnia-Nya digalakkan berdoa, kerana doa orang-orang yang berpuasa sangat makbul pada saat berbuka puasa. ..



Rasulullah s.a.w bersabda : “Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkahan. Allah telah memfardukan atas kamu puasanya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga & dikunci segala pintu neraka & dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yangg lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (H.R. Ahmad)



Hadith 1
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Hadith 2
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Hadith 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hadith 4
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Hadith 5
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Hadith 6
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Hadith 7
Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
“Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


Hadith 8
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai”
(Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079)


Hadith 9
“Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang kuat”
(Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa’i #2105)



Kata saya :: Besarnya nikmat itu berbanding apa yang kita korbankan ... :))









123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥