(◕‿-✿) Believe It or Not (◕‿-✿)

SnowQueen | 9:57:00 PM | Monday, February 28, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t...









Percaya atau tidak manusia mempunyai perangai pelik dan ajaib yang kadang-kadang sehingga menjadi habit! Ada sesetengah perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah, tapi ada juga yang tidak begitu elok untuk tontonan ramai dan mendatangkan kesan ala-ala negatif gitu.. Hik!
Kadang-kadang kita x sedar pun tu dah menjadi habit kita. Tak kesah lah, selagi x menyusahkan orang, blasah jela kan... Hehehee...




Percaya atau tidak yang bahawasanya Lyna...




1. Suka main teka teki!! Dan bagi Lyna sendiri... teka teki ni boleh rapatkan hubungan persaudaraan... Contohnya, Lyna rapat dengan kakak-kakak senior dekat sini pun disebabkan teka teki. Diorang kadang-kadang letih layan kerenah Lyna ni.. Hehehe.... Tu yang sayang diorang lebih tu. =D Tapi kan.... Lyna suka soal je... Jawab fail!! =P




2. Cium kucing! Selalu kena marah dengan mak... Huhuhu.. Nak wat macam mana dari kecik memang suka kucing. Tak baik untuk kesihatan pun buat jugak.. Untung korunk taw wahai kucing2 sekalian. Haha!






Malu-malu pulak kucing ni... kata jela suka kan... Hahahaa!!




3. Makan ais. Hehe... Lyna ni sangatlah suka minum air. Kalau minum air tu kadang-kadang sampai x cukup. Pas tu mulalah ambil ais makan. Tak elok langsung perangai. Haha.. Tapi best woo.. Kruk kruk bunyi ais hancur... Haha!




4. Lagi satu habit Lyna time minum.. Gigit straw!! Walaupun agak tidak elok habit ni. Tapi ok ape...at least straw tu x de lah orang kedai recycle balik kan.. Ha3 (pandai x bagi alasan??hik!)




5. Lyna jugak suka cium bau minyak cap kapak! Terberjangkit dengan kakak lah ni... Best!! Rasa segar. Ada tu Lyna mengantuk tapi perlu berjaga, Lyna letak lah minyap cap kapak tu dekat mata!! Memang best lah. Nescafe pun kalah. Hahahhaaa... Tapi sekarang dah jarang dah. Kena marah kan.. Jadi, tak buat dah. Hehehee :)




6. Makan wajib ada kuah!! Lyna jenis makan memang kena ada kuah. Biar tak de lauk lagi, janji ada kuah.. Nak2 lagi kuah masak merah atau masak kicap... Berseleralah hendaknya!! =D




7. Tidur menghala ke kanan. Habit yang ni rasanya mak dengan rumet Lyna je tau... Tapi tidaklah maknanya kaku ke kanan je, tak gerak2 dah.. Haha. Cuma keutamaan menghala ke kanan lah. Dan Lyna juga pernah terbaca fakta bahawa tidur menghala ke kanan baik untuk jantung. Wallahualam~



8. Menulis!! Bila bosan ke sedih ke atau apa2 berkaitan dengan jiwa ni Lyna memang suka menulis. Tak tahulah kenapa. Dan sekarang diari menjadi teman baik Lyna :)



9. Tekan minyak sampai jumpa kereta lain di depan! Jangan main-main.. Lyna ni tak de lah lembut sangat ok! Otai jugak atas jalan raya. Haha! Tapi, Lyna tak terer dalam memotong. Maksudnya memotong yang rapat yang kena cilup2 tu. Tengah cuba tingkatkan prestasi.. Mwahahaa~




10. Berangan! Tak habis-habis.. Pagi, petang, malam berangan je tau.... Yela, ada tu nak dapat mustahil kan... Jadi, berangan jela buat-buat dah dapat. Keh keh keh =P




Banyak lagi sebenarnya habit Lyna. Ada tu bila orang tegur barulah perasan. Yang atas ni antara yang Lyna selalu buatlah. Jangan contohi ye kalau yang tak elok tu.. Hik! Apa pun inilah diri Lyna yang mungkin ada yang tidak tahu. Hehe ^^






Kata Saya :: Percaya atau tidak, kadang-kadang orang lain lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri =)))))

Shhh....rahsia ok!

SnowQueen | 5:34:00 PM | Thursday, February 24, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t











Semua orang ada rahsia.. Tipulah kalau xde kan... Kalau Lyna sendiri pun seorang yang perahsia.. Betul, Lyna nak cerita sesuatu tu kadang2 berat sangat.. Kawan-kawan tanyalah apa2, Lyna senyap je kadang2 tu.. hik! Bagi Lyna ada baik dan ada buruknya jadi perahsia ni... Kadang-kadang kita cerita berjela-jela kat orang pun, orang x paham... Jadi bahan kat belakang lagi ada lah.. dan kadang-kadang jugak, kita perlukan seseorang untuk dengar luahan hati kita.. mungkin boleh buat kita rasa lebih lega, relax dan ada tempat nak kongsi rahsia. Tak kiralah situasi yang mana, yang penting kita kena pandai cari orang yang betul-betul boleh memahami dan mendengar luahan kita. Jangan tersalah pilih, riuh pulak sekampung nanti.. He! Bagaimana pula cara readers sekalian berkongsi rahsia dan luahan hati????




Kadang-kadang melalui penulisan pun seronok untuk lepaskan sesuatu yang kita rasa. Lyna kadang-kadang tak sedar yang Lyna tulis apa yang Lyna rasa. Contoh yang senang lah kan, masa lecturer mengajar tiba-tiba tangan ni gatal conteng perkataan bosan! Hahahaa... nakal sungguh, kan... Tapi, itulah hakikat. Kadang-kadang yang terlintas itu lah tertulis tanpa kita sedar. Tak peliklah ada orang menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Blog dalam menzahirkan apa yang mereka rasa. Tapi, awas jangan sampai keterlaluan. Ingat yang baca itu beribu-ribu pasang mata. Kadang-kadang terlalu tinggi nafsu menulis pun boleh membawa padah.. Tengok sendiri lah berapa ramai yang bergaduh disebabkan laman-laman seperti ini... Hasihh.. Macam-macam kan.. Lyna sendiri pun pernah jadi tak matang macam ni.. Bila mood swing kan.. mula nak post macam-macam. Niat di hati sebenarnya bukan mahu meraih kejelekan orang lain, tetapi lebih mahu menjurus kepada orang yang dimaksudkan itu.. kot-kot dia stalk page kita kan.. Haha.. Tapi, bila fikir-fikir balik... x matang nya lah buat macam tu.. Sekarang Lyna lebih berhati-hati sebelum menulis, cuma kadang-kadang terlepas pandang juga hal-hal macam ni =,=




Diari juga boleh dijadikan tempat luahan terbaik! Dulu masa sekolah Lyna pernah tulis diari. Bila baca zaman sekarang ni lawak je rasa. Ada nama yang sampai Lyna dah tak kenal sekarang bila baca balik. He... Sekarang Lyna tak de diari pun. Baru-baru ni pernah terlintas nak beli. Tapi entahlah, mungkin disebabkan kerja yang wajib siap pun terkejar-kejar masa nak buat, ni kan pulak nak tulis diari ni... Lyna agak bz lah sem ni.. Tidur pun lewat je selalu. Tak de masa nak dating dengan diari! Hehehee... Tapi, teringin jugak, coming soon kot.. Hik!




Kadang-kadang rakan yang rapat, ahli keluarga sendiri pun tak dapat jadi tempat mengadu kita. Bukan disebabkan ketidakpercayaan kepada mereka, tapi mungkin rasa malu untuk berhadapan dengan mereka selepas kita ceritakan kisah kita tu. Apa yang penting, tak kiralah apa jua cara kita mengadu hati, jangan pernah lupa Allah itu ada, Maha mendengar setiap luahan kita... Sebaik-baik tempat mengadu hanyalah padaNya. Panjatkan doa dan jangan mudah putus asa.. =D





Kata Saya :: Yang didengar, dilihat, dirasa hari ini akan menjadi kenangan pada hari akan datang =D

Malu tapi mahu =,=

SnowQueen | 11:05:00 PM | Saturday, February 19, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t




P/S :: Act, post ini Lyna edit byk bagi mengelakkan salah faham. Lyna malas nak mengarang sebab ada kerja tak siap, jadi Lyna biarkan entry ni jadi pendek macam ni selepas diedit... YAng sempat baca tu untung lah kot.. Haha!!



-------------------------------------------------------



Lepas Asar tadi dekat kampung Lyna ada buat kenduri kesyukuran. Semperna abang ipar Lyna baru balik dari Lubnan.. Sambil tu sambut besday abah (6 feb) dan abang ipar tu (8feb) Tak ramai pun.. Jemput orang surau je.. Tapi, Lyna tetap rasa gembira sangat-sangat.. Dalam keletihan itu Lyna dapat kebahagiaan yang tidak dapat dibeli di mana-mana.. Terima kasih semua..... ♥









Antara yang hadir... Terima kasih atok-atok.. Ni saya, calon cucu... hik!








Antara makanan yang ada... Letih nyer Lyna masak semua neh!!..hahahahaa XD.. Ada pulut, rendang, nasi dagang, kari ikan tongkol, agar2, karipap, tembikai, dan macam2 lagi lah.. hik!









Akak sponser kek ni... sedap2...nyum3








Abah n abang ipar Lyna..... Semoga Allah merahmati mereka ♥








Kesian Lyna... dalam puluh-puluh gambar ambil tadi.. ni je gambar Lyna... Nasib lah dah jadi photographer... Serius berminyak giler muka ni... peluh lah wat keje byk kan..haha!!








Kata Saya :: Sahabat tetap sahabat... tak lebih, tak kurang =)))))

My baby is you ♥

SnowQueen | 11:31:00 PM | Friday, February 18, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t



Abah Lyna bagi Lyna kereta Wira masa Lyna sem 2 *kot... Tak berapa ingat dah bila. Disebabkan tempat belajar Lyna dekat je dengan rumah dalam sejam macam tu, jadi abah sudah arif lagi maklum semestinya Lyna nak balik tiap-tiap minggu!! Hahaaa... Abah Lyna kerja lain daerah. Abah tak nak susahkan mak anta jemput Lyna kan.. Jadi, dia belikan lah Lyna kereta ini.. second hand je... Okay sangat dah bagi seorang pelajar. Alhamdulillah.. Terima kasih abah!! ♥



Mula-mula kan.. Lyna tak berminat langsung nak hias kereta Lyna ni. Masa tu bagi Lyna kalau kereta baru fresh lagi barulah seronok nak hias, habis duit beli macam-macam. Tapi, sejak berlakunya satu peristiwa itu, Lyna tiba-tiba berminat nak hias kereta. Hik! Yang untungnya Lyna guna hadiah kawan-kawan sebagai penghias kereta Lyna. Tadi pun Lyna sempat pasang stiker dekat kereta Lyna. Apa lagi nama Snowqueen lah... Dah macam identiti dah kan. Yela, ada tu kawan satu tempat belajar lebih kenal Lyna dengan nama snowqueen daripada nama sebenar.. he.... Macam-macam =P




Jom tengok baby Lyna ni....



























Ni lah stiker yang Lyna cakap tu (snowqueen)...he.. okay, ada empat pelekat dekat cermin tu kan... Yang pertama (bawah sekali) ofkos lah road tax kan.. atas tu pulak konvokesyen UM kakak, dan paling atas sekali tu stiker tempat Lyna belajar. Stiker belah kiri cermin pulak stiker McD. Kalau McD ni sapa lah lagi bagi kalau bukan Muhammad Ikhwan.. euwww~








Si makhluk asing cj7 ni kawan Lyna bagi, Amin Asyraf... Masa besday ke-17 *kot... Pun x ingat da... Sekarang dia pelajar oversea.. Best student lah katakan! Harap-harap balik Malaysia nanti dapat bear koala ke kangaroo ke pulak kan.. hahahaa XD... Al-Quran pulak mak Lyna bagi. Lyna jadikan sebagai pendinding semasa memandu. Yang bekas kecil tu dapat masa pergi kenduri kawen.. Boleh jugak letak gula-gula, senang nak makan tyme ngantuk memandu..he.. dan spek tu Lyna beli dekat KL. Masa tu gatal berjalan padahal sakit mata!!.. Dah kena beli spek kan.. hik!









Lyna baru hias sikit jela.. Letak mana yang ada je.. Banyak2 pun serabut pulak nanti kan.. Nanti nak cari potpuri lovely lace pulak.. heee (:
Ada dua tag kan.. Satu tu masa Lyna jadi ajk makanan konvokesyen tempat Lyna belajar. Satu tu lagi pulak masa Lyna kerja The Store cuti sem lepas.







Koala ni Lyna baru dapat cuti sem lepas. Kawan Lyna belajar dekat Adelaid balik cuti semester.. Lyna suka sangat walaupun Lyna berharap dapat key chain koala yang gebu tu..huhu..tapi, ni pun tetap Lyna suka (:

Kalau nampak dalam cermin tu kan.. ada kusyen untuk leher minnie mause kan.. ha tu pun Muhammad Ikhwan bagi.. Ada ke patut warna pink.. x sesuai langsung dengan kereta Lyna warna hijau tu.. Haha! Lyna suka jugak lah..he...








Kucing ni pulak musuh Lyna bagi...err..tidak lah..dia tetap kawan Lyna..zaman sekolah yang tidak matang kan..haha... Dia beli masa rombongan asrama ke Sarawak kot.. Walaupun dia salah faham dengan Lyna, tapi Lyna tetap hargai pemberian dia... (hadiah ni dia bagi masa kami sekelas f1,f2. Salah faham berlaku masa kami f4&f5).
Ce teka ce teka sapa girl ini.. ngeh3










Pooh belakang ni semua kawan-kawan bagi.. Tapi ampun, maaf Lyna tak boleh recall siapa bagi sebab dekat pembalut tak de tulis pun.. Maklumlah ada tu yang Lyna dah simpan dari form 1 lagi!! Asyik terjatuh jer pooh ni sebab pelekat dia tu dah lama sangat..haha! Bunga hijau tu pulak Lyna rembat mak punya... Mak bising mulanya tapi bagi jugak kan.. Sayang mak! he...








Ha... ni pemusnah terhebat kereta Lyna.. Stelly namanya! Sebaik aq sayang kau owh~ lau tak memang nahas lah.. suka sangat kotorkan kereta.. Sabar jela (:









And the last one... the owner of this car...
Saya sayang PERWIRA saya!!!
Maaflah gambar ni gelap.. Amek time maghrib dala..he... Nanti ada rezeki Lyna nak tukar seat kulit n kasi tinted sikit... Baru cool.. Ahaksss~








Kata Saya:: Hargailah sesuatu yang banyak memberikan jasa kepada kita ♥

Kenapa tiba-tiba sombong ni???

SnowQueen | 7:04:00 PM | Wednesday, February 16, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t


Err...
kawan, kenapa kau tiba-tiba sombong??
baru ni, bila aku down...
tanpa aku sedar, kau telah buat macam-macam kecindan separa bodoh dekat aku
buat aku alpa sebantar dengan masalah aku
tapi, tiba-tiba aku rasa kau dingin
aku ada buat salah ke???
*wondering




-----------------------------------------------------------------




Begitulah lumrah dalam kehidupan
sedangkah lidah lagi tergigit
lagikan pula kesalahan sekecil zarah itu
yang adakalanya kita tak sengaja melakukannya


okay, kat bawah ni Lyna nak kongsi sedikit tips persahabatan.. Pada mulanya, Lyna ingat nak search internet je.. lepas tu tiba-tiba terfikir kenapa tak mengikut pengalaman sendiri je...he..tapi, mungkin cara kita berbeza. Ini pendapat Lyna. Rambut sahaja sama hitam (walaupun ada jugak yang rambut karat.hik!) tapi hati lain-lain kan... Jadi, Lyna sekadar berkongsi apa yang Lyna rasa..hik! =D



::SIFAT::
Rasanya yang ini tak payah lah Lyna nak membebel banyak kan... Semua nak kawan yang baik, nak yang boleh membimbing, nak yang caring, nak yang ikhlas , nak yang itu, nak yang ini... Sesungguhnya lumrah manusia nak yang 'cantik' dalamannya. Apa yang penting, jangan berharap kawan kita sahaja jadi macam apa yang kita mahu, tapi cuba kita juga jadi seperti mana kita mahu orang lain jadi seperti kita mahu!(pening da ayat..hehe). Lyna sendiri rasa payah... Nak ubah sememangnya susah.. Nak-nak lagi sesuatu menjurus kebaikan.. Tapi tak salah kalau kita cuba, kan? (:



::SUKA dan DUKA::

"Kita kawan selamanya, suka dan duka =D" Begitulah yang sepatutnya dalam sesebuah persahabatan. Seorang rakan yang baik, masa gembira dia ada, masa duka apatahlah lagi...





::FAHAM::

Kadang-kadang bila rakan kita mood dia swing sikit.. Mulalah berperangai menyakitkan hati.. Tak perlulah Lyna terangkan masing-masing mesti pernah ada pengalaman ni kan. Lyna sendiri pun pernah je macam ni. Bila mood tak baik, ada pulak yang jadi mangsa. Mintak maaf lah ye..huhuhuu.. Sebagai kawan, yang penting kita jangan salah faham apabila kawan kita buat perangai macam tu. Seeloknya, bila mood rakan kita tidak lagi dalam keadaan kritikal, kita cuba slow talk dan bawa berbincang andai kata perkara itu menjejaskan perhubungan persabahatan.





::ELAKKAN::
Elak, elak, elak... Yang sedikit itulah kadang-kadang menjadi minyak yang membakar sesebuah persahabatan!! Mari kita lihat apa yang perlu dielak...


Elak mendesak kawan. Kalau dia kata tak nak, maknanya dia memang maksudkan dia tak nak, tak mahu, tak ingin dan seangkatan dengannya. Walaupun ada ketikanya tak semua yang dia buat betul, tapi sekurang-kurangnya bagi dia ruang dan masa. Jangan terus mendesak dia.


Elakkan memerli kawan. Perli ni ada dua situasi, iaitu yang pertama perli yang sekadar gurauan dan yang kedua perli yang sampai terasa sehingga meniaraplah seluruh badan ni kan... Kita kadang-kadang dianugerahkah naluri, atau instinct semulajadi. Kita boleh detect lah jenis apa keperlian itu. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa lidah yang tak bertulang itulah adakalanya menjadi penyebab besar pergaduhan.


Elakkan menjaga tepi kain orang lain. Adakalanya situasi kita berbeza. Kehidupan kita berbeza. Cara kita berbeza. Kalau tanya demi kebaikan, nak membantu tak pe. Tapi, kalau tanya untuk dijadikan 'topik hangat' di belakang, lupakan sahaja. Tak baik tau, Tuhan marah!! =P


Elakkan sesuatu yang boleh terus mengikis kepercayaan kawan kita seperti mencuri, tak pandai simpan rahsia, talam dua muka dan apa-apa yang negatif lah.


Elakkan mengambil kesempatan ke atas kawan. Kalaulah dia baik, kaya, bendul (blurr), cantik sekalipun, jangan jadikan semua itu alasan untuk kita mengambil kesempatan. Nawaitu kita tu kena sentiasa pada landasan yang betul!


Elakkan memilih kawan. Kat sini bukanlah Lyna suruh readers sekalian kawan dengan penagih dadah ke perompak ke kan... Tapi maksud Lyna, kawanlah seseorang dengan atas apa dirinya. Jangan terlalu mencari kesempurnaan.




Sebenarnya banyak lagi tips lain. Tapi, masa agak mencemburui kita.. Ecehhh!! Lyna malam ni mahu bagi support pada kawan-kawan yang menjayakan teater 3 Tun! Sebarang kritikan dan penambahan mengenai tips persahabatan ini dialu-alukan =D




P/S :
: Kepada kawan-kawan Lyna, dari kecil sampai sekarang, Lyna nak mintak maaf secara terbuka ni...hehehe... Minta maaf bagi segala kesalahan Lyna. Mungkin terbuat yang di atas ini dalam tidak sedar, Lyna mintak maaf. Lyna juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sabar dengan Lyna. Lyna tahu kadang-kadang kesabaran korunk tercabar jugak kan dengan Lyna ni..hik! Mungkin ada yang tak tahu Lyna ni perahsia. Jadi bila banyak simpan macam-macam dalam hati ni, mulalah angin serba tak kena. Terima kasih atas kesabaran semua. LOVE YOU ALL ♥ ♥ ♥






Saya nak awak jadi pelengkap hidup saya!! (^_~)






Kata Saya :: Maaf itu lebih mahal berbanding takhta, darjat dan harta yang dimiliki kerana mampu merendahkan ego yang tinggi, melembutkan hati yang keras dan menjernihkan segala yang keruh =D

Kecewa itu tidak salah (:

SnowQueen | 1:46:00 PM | Saturday, February 12, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t











Kadang-kadang kita meratapi kesedihan seolah-olah ingin menceritakan segala kekecewaan pada setiap yang ada... Kadang-kadang kita terasa sangat jatuh dan sukar untuk bangkit... Kadang-kadang kita rasa tewas, lemas dan berperang dengan perasaan sendiri...



Tapi, tak kira berapa banyak kadang-kadang itu, kita jangan pernah lupa Allah itu maha melihat segala apa yang kita rasa dan lalui.... panjatkan doa, redhakan segala rasa itu.... Apa yang kita mahu belum tentu terbaik untuk kita.... Jangan bersedih bagi mereka yang sedang diambang kekecewaan.. Tidak kiralah apa pun bentuk kekecewaan itu, percayalah masih ada sinar kalau kita sendiri cuba untuk teruskan hidup kita yang singkat ini..... Hidup hanya sementara. Jangan persiakan hidup demi sebuah kekecewaan... Yang nasihat itu saya, yang membuat pilihan itu anda!! Tepuk dada, tanya diri sendiri =D





Kata Saya :: Kecewa itu tak salah... yang salah apabila kita kalah dengan kekecewaan itu (ayat seorang teman...)

Tuhan Berikan Aku Cinta....

SnowQueen | 6:44:00 PM | Thursday, February 10, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t








" Terima Kasih Allah.. untuk sedikit waktu yang kau berikan untukku, tak ada satu sesalku untuk semua jalan hidupku ini... Walau terkadang aku mengeluh dan berharap akan cinta yang ku nanti.... "
















Lirik Lagu Tuhan Berikan Aku Cinta (Ayushita)



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta





Kata Saya :: Cinta pada bunga, bunga akan layu.. Cinta pada manusia, manusia akan mati, TAPI cinta pada ALLAH cinta yang kekal abadi ♥ ::


"you are sweet blogger like candy"

SnowQueen | 5:31:00 PM | Wednesday, February 9, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t




Terima kasih kepada ♥ Wanny ♥ sebab sudi bagi award ni (:
first time dapat...he...









nampak...
macam sedap je kan..
besar pun besar
sebulan makan pun tak habis... =P



Lyna tag tiga orang untuk menerima award ini.



Diya Edhayaa
Kiera Naa
Aen



T.a.h.n.i.a.h XD





Kata Saya :: Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman =D

Yang Berharga Buat Yang Istimewa ♥

SnowQueen | 5:34:00 PM | Monday, February 7, 2011 |

Assalamualaikum w.b.t



Semalam (6 Februari) hari jadi abah ku sayang...
Lyna dah lama berhajat nak bagi kasut joging untuk abah
sebab abah selalu joging sekarang
nak main bola dah tak larat katanya =P
Lyna pilih kasut Nike untuk abah
alang-alang duit elaun dah masuk ni kan
asyik abah jer berhabis duit untuk Lyna
apa salahnya sekali sekala belanja besar untuk abah =)))))



Tapi....
sayangnya...
kasut ni besar sangat untuk abah
untuk pengetahuan semua
abah Lyna ni kecik sangat orangnya
abah dah cakap dah size kaki dia 7
tapi, rupa-rupanya
kasut sukan ni, size 7 macam size 9..huhuuu..
kesian abah.. =,=



nak dijadikan cerita, nak tukar kasut tu..
resit ntah ke mana
Lyna takut terbuang je
plus, Lyna dah x ingat pun kedai tu kat mana
Lyna gatal pergi beli kat KL
dulu, masa beli ada yang teman..
tapi, sekarang..entahlah... tak de dah kot.....
kesian abah...
tengoklah macam mana
harap2 Lyna boleh
recall lah kedai tu kat mana...
kalau tak... Lyna terpaksalah ganti yang lain
huhuhuuuu
=,((((



apa pun...
Lyna doakan kesejahteraan abah Lyna selalu
walau apapun terjadi
abah tetap abah adik seorang..
adik sayang abah dan teramat sayang
love u so much, ABAH!!!







Adik harap abah terima hadiah yang tak sebeberapa ini.. =)








Adik buat khas untuk abah ♥








Kesian abah salah size...huhuhuu....









Lyna dan abah...muahhh3!!!
♥ ♥ ♥






Kata Saya :: Hilangnya barang boleh ditukar beli, perginya manusia di mana kan ku cari ganti...huhuhuu....Align Center

Sepatutnya.....

SnowQueen | 7:31:00 PM | Saturday, February 5, 2011 |
Assalamualaikum w.b.t



Hari ni 050211...
lagu sebulan genaplah 3 tahun hubungan kami
emm...sepatutnya....
tapi..
entahlah......

redha..fullstop!!




Kata Saya :: Redha jalan terbaik bagi hilangkan rasa sedih =,=

Contest Collage Kesayanganku

SnowQueen | 10:02:00 AM | Tuesday, February 1, 2011 |


Assalamualaikum w
.b.t








okay, untuk contest kali ni..
rumet Lyna sendiri yang tag Lyna
hik!


"Contest College Kesayanganku"
yang disediakan oleh cik Miela Tahril (:
bagi kawan2 yang berminat join contest ini
boleh klik kat banner kat side bar ni yer...



contest kali ni Lyna letak gambar family Lyna, kesayangan Lyna, dan kawan2
Lyna nak masukkan ramai lagi sebenarnya..nak masukkan kawan2 sekolah dulu
tapi... tak muat dah..huhu..next contest k..he... di bawah ini hasil titik peluh Lyna..hik2!














Tiga tonggak utama dalam kehidupan Lyna
::Family:: ::Love:: ::Friends::


Bergambar dengan Lyna di bawah payung tu...baby mok Lyna
yang menjadi sumber kekuatan Lyna
sentiasa sokong Lyna...sentiasa ada ketika Lyna rasa jatuh!
u can stand under my umbrella..ella..ella..ey..ey... (haha!)


gambar empat orang tu... semestinya family Lyna ♥
ibarat nadi Lyna...
tak ramai pun.. ada abah, ada mak, ada seorang kakak jer..
tapi, apa pun..tanpa mereka siapalah Lyna
yang menjadi sumber ketenangan, sumber rujukan, sumber kewangan, sumber motivasi... macam2 sumber lagi lah... he...
terima kasih banyak2... adik sayang semua =))))))


dan gambar di bawah sekali tu...
kawan2 Lyna kat IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
masa ini jamuan akhir semester
seronok sangat!!
mereka pula menjadi inspirasi Lyna
bakat2 mereka Lyna nak contohi
kagum sangat2 degan kebolehan mereka
semoga kita semua sukses yer kawan2 =D


Dan...
merekalah...
yang ilhamkan bahagia!!

♥ ♥ ♥



Lyna mahu tag 3 orang kawan untuk join ini contest..he...
cuti2 ni banyak masa kan..
layan lah korunk contest ni yer =P





Kata Saya :: Mereka merupakan pendayung yang menggerakkan sampan menuju pulau cita (:




123Friendster.Com

♥ Jalan Cinta ♥